DARIPADA Abu Hurairah r.a katanya: âYang disebut orang miskin itu
bukanlah peminta-peminta yang diberi orang satu atau dua buji kurma atau
sesuap atau dua suap makanan. Tetapi sesungguhnya orang miskin itu
ialah orang yang tahu menjaga diri (daripada meminta-minta). (riwayat
Muslim) Jika kamu mahu bacalah firman Allah SWT bermaksud: .... mereka tidak meminta-minta kepada orang ramai dengan mendesak-desak ...â (al-Baqarah:273)
1. Setiap insan di dunia ini bercita-cita untuk menjadi kaya raya.
Dalam Islam seseorang itu tidak dianggap kaya hanya dengan memiliki
harta yang banyak, tetapi kaya yang sebenar, di samping ia mempunyai
harta ialah apabila memiliki jiwa dan hati yang jauh lebih mulia
daripada hartanya itu.
2. Orang yang miskin tetapi kaya maruah tidak bergantung harap dan
belas kasihan daripada orang lain. Sekalipun tidak berharta ia tidak
menunjukkan kelemahan dan kekurangannya itu dengan cara mendesak,
meminta-minta sedekah daripada orang lain tetapi berusaha memperbaiki
nasib dirinya dengan segala tenaga dan upaya, melakukan sebarang
pekerjaan yang halal untuk mencari rezeki. Al-Quran ada menyebutkan
sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas maksudnya:
(Pemberian
sedekah itu adalah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan
dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah
(membela Islam) yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk
berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka; orang kaya-oleh orang
yang mengetahui halnya kerana mereka menahan diri daripada
meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan
keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan
mendesak-desak. Dan (ketahuilah) apa jua yang kamu belanjakan dari harta
yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya.
(al-Baqarah:273)
3. Islam amat membenci kemiskinan kerana ia boleh membawa kepada
kekufuran. Malah bagi sebuah negara yang kaya, maju dan membangun
rakyatnya harus dididik untuk menabur kebajikan, sebagai tempat si kaya
berbudi, si miskin dirai dan dibantu bukan tempat di mana kesenangan
hanya berkisar pada si kaya manakala si miskin terus merana.
utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan