Wanita muda Belgium yang peluk Islam telah membantu 1,000 orang untuk
menerima Islam selepas menjadi kan rumahnya sebagai pusat Islam bagi
umat Islam Belgium ingin mengetahui lebih lanjut mengenai agama mereka.
Dipengaruhi oleh kawan-kawan yang beragama Islam dan mengkaji ke dalam agama, Veronique Cools telah menerima Islam pada usia yang sangat muda.
Kemudian, dia membuat keputusan untuk menjadikan rumah sendiri sebagai
pusat Islam bagi umat Islam Belgium yang ingin mengetahui lebih lanjut
mengenai agama mereka.
Pusat baru ini berfungsi untuk membantu rakyat Belgium mengatasi pelbagai prejudis apabila melihat kepada Islam.
"Prasangka berpunca dari tidak diperkenalkan kepada Islam sebenar dengan
baik," katanya sambil sedang menyediakan paket makanan berbuka puasa
untuk pelawat Muslim untuk berbuka puasa Ramadan mereka, Worldl Bulletin
melaporkan.
"Sebagai umat Islam kita perlu menerangkan sendiri kepada masyarakat dengan lebih baik."
Selepas lapan tahun bimbingan, pusat itu kini mempunyai lebih 1,000 ahli, kebanyakannya wanita Belgium.
Ia juga dibuka untuk semua umat Islam Belgium yang berminat untuk belajar lebih lanjut mengenai agama mereka.
Muslim Belgium dianggarkan 450,000 - daripada populasi 10 juta -
kira-kira separuh daripada mereka adalah berasal dari Maghribi, manakala
120,000 adalah dari Turki.
Lebih 20 peratus daripada penduduk Brussels adalah berasal dari Muslim
yang datang dari Maghribi, Turki, Pakistan, Bangladesh dan negara-negara
Afrika yang lain.
Terdapat 77 masjid atau surau di Brussels dan lebih 300 di seluruh Belgium.
p/s: Bagaimana dengan kita yang sudah Islam dari kecil ini? Berapa orang
sudah kita Islam-kan? Belum ada? Alamak malu nyerrr ....... Allahu
rabbi, bantulah kami agar berminat untuk berdakwah di jalan-Mu dan
berilah kekuatan dan kemampuan kepada kami, dan buka kan-lah hati
mereka-mereka yang kami dakwah-kan agar menerima Islam, amiin.
on islam menerusi universiti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan