Kadang-kadang hati kecilku berbicara sendiri. Mempersoalkan ;
Kenapa lah ALLAH masih belum lagi mahu membantu ummat Islam? Ummat Islam diganyang, disembelih, dibom, ditembak dan dibunuh sewenang-wenangnyya. Ummat Islam sudah cukup teruk menderita. Kenapa ALLAH masih tak menangkan rakyat Palestine yang dizalimi dengan begitu teruk?
Sedangkan…sepanjang Ramadhan seluruh ummat Islam bermunajat menadah tangan memohon bantuan dari ALLAH… semoga dipermudah perjuangan Briged al-Qassam… dan beri kemenangan kepada Palestin…Tapi hingga kini, seolah-olah doa kita tak termakbul. Seolah-olah doa ummat Islam terhijab…
Aku tertanya-tanya…
Sehinggalah aku terbaca 1 post dari sahabat facebook aku.
Berikut adalah catatan tersebut. (Aku copy paste jer). Moga korang pun faham realiti keadaan kita, ummat Islam sekarang.
Komen dari Maulana Usamah Mables Malaysia tentang konflik Palestina.
Di ijtimak (perhimpunan ummat Islam) Delhi tahun 1994. Bayan (ceramah) pertama seorang syeikh Arab, dia menceritakan jemaah mereka pergi berdakwah di Mesir dan telah bermimpi jumpa NABI Musa alaihissalam. Dia terus meminta agar Nabi Musa berdoa supaya Allah keluarkan Yahudi dari Palestin.
Kata Nabi Musa alaihissalam : “Kamu keluarkan dulu Yahudi dari hati umat Islam, maka pasti Allah akan keluarkan Yahudi dari Palestine.”
Maulana Qahtani Junubi dari Africa berkata, sesungguhnya Nabi sollallahu’alaihi wasallam sayang kepada Yahudi, malah baginda sollallahu’alaihi wasallam sentiasa doa mohon hidayat untuk mereka. Yang Nabi benci ialah cara hidup mereka. Tapi umat hari ini terbalik, kita benci Yahudi, laknat Yahudi, tapi CINTA dengan CARA HIDUP YAHUDI!Wallahua’lam
Yaa benar, mimpi itu bukanlah satu hujjah membenarkan perkara ini. Tapi saya kira ia sudah cukup memberi tamparan kepada kita, supaya merenung dan muhasabah diri.
Mungkin kita, ummat Islam masih belum layak untuk dapat bantuan dari Allah, disebabkan
kelemahan-kelemahan dan dosa-dosa yang kita lakukan.
Moga Allah ampunkan kesilapan dan kelemahan kita.
Ayuh keluarkan sifat @ perangai Yahudi dari dalam diri kita sekarang!
pakar how to
Tiada ulasan:
Catat Ulasan