Lebih malang lagi, dia juga pernah diperdagangkan sebagai seorang pekerja seks oleh teman lelakinya selama enam tahun... Namun, itulah kisah hidupnya selama hampir 18 tahun lalu. Kini telah pun bergelar guru dan pendakwah, Khairiri mengisi masa lapangnya dengan aktiviti kemasyarakatan berdakwah dan membantu masyarakat. ...
Rupa Wajah Cikgu Erin ketika digelar mak nyah Sanggup dan rela berhabisan ribuan ringgit untuk kekal cantik dan menawan.
Pernah juga dihina sejak kecil hanya kerana mempunyai naluri wanita dan
terus mendorong Mohd Khairiri Mohamad Ramli memilih untuk meneruskan
kehidupan dalam dunia mak nyah yang penuh hina itu.
Lebih malang lagi, dia juga pernah diperdagangkan sebagai seorang pekerja seks oleh teman lelakinya selama enam tahun...
Namun, itulah kisah hidupnya selama hampir 18 tahun lalu. Kini telah pun
bergelar guru dan pendakwah, Khairiri mengisi masa lapangnya dengan
aktiviti kemasyarakatan berdakwah dan membantu masyarakat.
Bagi Khariri, perubahan yang dilakukannya memerlukan kekuatan dalaman
dan motivasi yang kuat dan semua pondan mampu melakukannya sebelum
terlewat.
"Apa yang paling penting kita harus mempunyai niat untuk berubah demi
kehidupan yang lebih sempurna dan di redhai tuhan dan kembali dengan
fitrah manusia semula. Pedulikan kata-kata orang kerana yang penting
Allah tahu niat kita untuk berubah," katanya kepada mStar Online di
Sekolah Kampung Idaman, Pelabuhan Klang baru-baru ini.
dia Mengakui punca utama terjebak dalam budaya songsang ini kerana
ceteknya pendidikan agama serta kesempitan hidup, dia bagaimanapun tidak
mahu ianya terus membelenggu dirinya, sebaliknya bangkit untuk membawa
perubahan....
"Saya tidak mahu salahkan sesiapa pun. Namun saya akui apabila sudah ke
universiti rakan sebaya turut mempengaruhi kita untuk lebih mengenali
dunia mak nyah ini....
"Di sana saya mula berjinak-jinak dan mengambil suntikan hormon dalam
usaha merealisasikan impian menjadi wanita yang cantik dan bersaing
dengan rakan-rakan mak nyah yang lain," katanya mengimbas semula kisah
silamnya itu.....
#Selepas beberapa kali dikecewakan oleh 'teman lelaki' yang sering
mengambil kesempatan sebagai pemuas nafsu, Khairi atau lebih mesra
dengan panggilan Erin akhirnya nekad untuk meninggalkan kehidupannya
yang penuh dengan kemaksiatan itu...
"Sebenarnya pernah tiga empat kali saya cuba keluar daripada dunia mak
nyah, namun kerana tak sanggup ubah penampilan diri dan potong rambut,
saya kembali semula ke lorong.....
"Akhirnya saya nekad untuk berubah sebab saya fikir sampai bila nak jadi
begini. Saya hendak pengakhiran hidup yang baik. Saya mula fikir soal
kematian dan saya hendak mati dalam keadaan yang bersih dan tidak
mencurigakan," katanya....
>Selepas berhijrah anak kelahiran Chemor, Perak ini mengakui bukan
mudah kerana dia masih lagi berhadapan dengan rakan-rakan yang cuba
mempengaruhi supaya kembali ke dunia mak nyah....
> "Saya harap perubahan kali terakhir ini akan kekal sampai
bila-bila. Saya kini lebih menumpukan kepada usaha kepada kerja-kerja
amal. Cita-cita saya untuk menjadi daie mendekati golongan mak nyah ini
supaya dapat menarik mereka keluar daripada amalan songsang tersebut....
> "Saya juga ada membuka Persatuan Kebajikan Darul Modahish. Di sini
saya bertindak sebagai perunding kepada pelajar yang tidak pergi ke
sekolah agama dan mereka yang mempunyai masalah keluarga. Di sini mereka
diajar mengenai ilmu fardhu Ain dan kelas mengaji al-Quran," katanya
yang hanya mengenakan bayaran serendah RM10....
> Kegigihan Khairiri mendapat perhatian Guru Besar SK Kampung Idaman,
Pelabuhan Klang, Hamidi Shariff apabila beliau bertindak untuk tidak
mendiskriminasikan golongan transgender, walaupun terkejut ketika kali
pertama bertemu Khairiri....
> "Saya pernah tanya dia (Khairiri) sama ada dia ini perempuan atau
lelaki. Kalau lelaki saya mahu dia berpakaian seperti seorang lelaki,"
katanya yang terkejut apabila Khairiri memakai baju kebaya pada majlis
menyambut kedatangannya sebagai Pengetua SK Kampung Idaman yang baharu
pada 2010....
> Hamidi berkata, dia sering menasihatkan guru-guru di sekolah
tersebut agar melayan dia seperti seorang lelaki dan menyimpan hasrat
untuk melihat Khairiri mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan
hidupnya....
> "Di sekolah ini tak ada seorang pun guru yang kena marah. Saya
lebih suka mendengar dan memberi nasihat, itulah pendekatan yang saya
gunakan kepada semua guru-guru di sini," katanya kepada mStar Online di
pejabatnya baru-baru ini....
> Bagaimanapun, beliau mengakui ada cakap-cakap belakang yang
mengatakan saya meberi 'muka' kepada Khairiri apabila saya beri peluang
kepada dia mencuba bidang teater dan kesenian yang diminatinya....
> "Kata-kata itu tidak benar, kerana semua guru boleh buat apa sahaja
aktiviti yang mereka minat. Saya tidak pernah menghalang. Yang penting,
pelajarnya tidak terabai. Dia pun sering membuat kelas tambahan percuma
kepada pelajar-pelajar yang tidak ketinggalan," katanya.....
http://ohhinformasi.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan