Khamis, 3 Mei 2012

Cari Ilmu

Sabda Nabi saw, ”Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim.” (HR Ibnu Majah)

Firman Allah, " Katakanlah! Adakah sama antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu? ". (az.Zumar : 9)

Firman Allah, "Diangkat oleh Allah orang-orang yang berilmu daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat (darjat)". (al-Mujaadalah : 11)



Si Gadis Berkorban Untuk Ayah Uzur

Si Gadis Berkorban Untuk Ayah Uzur
Sejak dari dalam rahim ibu, diri kita sudah dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh ibu kita. Dari sekecil-kecil saiz tubuh badan hinggalah kita pandai membawa diri, ibu bapa masih lagi menjaga dan mengambil tahu akan perihal dan pergerakan anak-anaknya.

Jadi, tidak mustahil untuk kita katakan terlalu banyak pengorbanan yang telah pun ibu dan bapa kita berikan.

Rabu, 2 Mei 2012

Episod 2 : Pertemuan Terakhir Diiringi Harum Kasturi ..

Sambungan dari Episod 1 .. 
.. Selepas mengucapkan terima kasih, wanita itu berlalu dicelah celah kegelapan malam dan kabus tebal.  Sekelip mata kelibat wanita itu hilang dari pandangan mata .. 

Mazni meneruskan perjalanan.  Tetapi hairannya, sungguhpun wanita itu telah pulang ke rumahnya, bau harum bunga kasturi menyelubungi kereta Mazni.  Jam menunjukkan ke angka 3 pagi.  Entah mengapa perjalanan kali ini terasa begitu lama.


Mitos Tentang Anak Autisme


 

 KETIKA memerhatikan anak-anak bermain, ada ketikanya kita mendapati sesetengah kanak-kanak berada di dalam dunianya sendiri.
 Mereka gagal bercampur dan bermain riang seperti anak-anak lain. Bahkan, ada antara anak-anak ini sangat cepat mengamuk. Mereka juga mempunyai masalah pertuturan, walaupun secara logiknya pada usia tertentu mereka sudah boleh bercakap.



Kenapa Kita Mesti Berzikir [wajib baca]


A009
Kemudian , Ia sempurnakan (kejadian)nya, dan Ia tiupkan padanya sebahagian dari rohNya . Dan Ia jadikan bagi kamu  pendengaran dan penglihatan dan hati (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.
(As-Sajdah 32:9)
 
 

TIGA Sebab Mengapa Tiada Lagi Kerasulan Selepas Nabi Muhammad S.A.W..

Nabi Muhammad saw adalah Rasul yang diutuskan kepada sekalian umat manusia termasuk golongan jin. Baginda adalah Nabi dan Rasul akhir zaman. Selepas baginda, tiada lagi Nabi dan Rasul diutuskan oleh Allah swt. Ini bermakna, talian kenabian yang bermula daripada Nabi Adam as telah berakhir dengan kenabian Nabi Muhammad saw. Sabda Rasulullah saw:
Pertalianku dengan para Nabi boleh difahami dengan perumpamaan sebuah istana; iaitu istana yang paling indah. Segala yang ada di dalamnya adalah lengkap kecuali tempat untuk meletakkan sekeping batu ubin ditinggalkan kosong. Aku telah memenuhi tempat itu dan kini binaan istana itu telah sempurna.


Seekor Ikan Bernama AMBAR

Kisah ini berlaku ketika Nabi Muhamad SAW mengarahkan angkatan tentera seramai 300 orang untuk bersedia menghadapi musuh di sebuah kawasan berdekatan pantai. Angkatan tentera itu diketuai oleh Abu Ubaidah.

Sebelum berangkat, Nabi Muhamad SAW telah meninggalkan sekarung buah tamar buat bekalan makanan anggota tentera tersebut. Namun, belum genap lima belas hari, makanan yang mereka dapat itu telah kehabisan. Mereka terpaksa mencari jalan lain bagaimana untuk mengelak dari kelaparan dan kebuluran sedangkan mereka amat memerlukan tenaga sebagai persediaan menghadapi musuh kelak.

 

Selasa, 1 Mei 2012

Episod 1 : Pertemuan Terakhir Diiringi Harum Kasturi .


Seorang wanita yang dikenali sebagai Mazni sedang memandu pulang ke kampung halamannya. Sewaktu dalam perjalanan, dia telah ditahan oleh seorang wanita bertudung putih dan meminta keizinan untuk menumpang. Ceritanya bermula ..
 
Mazni baru mendapat kerja diutara tanah air.  Memang hajat Mazni untuk pulang ke kampung halamannya kerana ingin menjaga ibunya yang sakit dikampung.  Lagipun, Maznilah satu satunya harapan ibunya kerana bapanya telah meninggal dunia ketika Mazni berumur 15 tahun dan Mazni tidak mempunyai adik beradik yang lain kerana dia anak tunggal.
 
 

Rahsia Bengkong Lilit Pinggang Orang Melayu



Orang melayu dulu – dulu memang tidak boleh dipisahkan dengan kain lilit pinggang yang disebut bengkong atau bengkung. Bagi wanita melayu, amalan berbengkong bukan sahaja menjadikan bentuk tubuh badan mereka bertambah menarik malah ianya juga dipercayai boleh mengelakkan perut menjadi buncit.Sehingga kini amalan memakai bengkong masih diamalkan terutamanya ketika lepas bersalin.
 
 

Tadabbur [wajib baca]


Tadabbur Al-Quran Penawar Hati Mukmin

Jika anda membaca al-Quran, ke mana arah pemikiran anda terbang dan di manakah hati anda hinggap? Antara punca kita tidak mendapat hidayah al-Quran adalah akal dan hati yang tidak fokus kepada makna bacaan. Ada yang membaca hanya untuk mengejar matlamat mengkhatamkan saja. Ada pula yang memberat-beratkan hukum-hukum tajwid hingga melalaikannya daripada memahami makna. Yang paling menyedihkan wujud segelintir orang Islam yang membaca al-Quran untuk dibayar bagi mengirimkan pahala kepada orang yang telah mati!



Keajaiban Sistem Pertahanan Tubuh

image
Jika anda sakit, apa yang anda lakukan? Tentunya anda berusaha untuk sembuh daripada sakit itu, bukan? Biasanya anda akan berjumpa doktor atau ahli farmasi, dan mereka akan mencadangkan ubat-ubatan serta kaedah rawatan tertentu untuk menyembuhkan penyakit itu. 
 
Tahukah anda hakikat sebenar bahawa tubuh badan kitalah yang bertindak menyembuhkan penyakit yang datang menyerang itu? Ubat-ubatan yang kita ambil itu hanyalah sebagai alat bantu untuk menolong tubuh melawan kuman atau benda asing yang memasuki tubuh, ataupun mengembalikan semula mana-mana sistem dalam tubuh yang gagal berfungsi dengan sempurna.
Mari kita lihat bagaimana sistem pertahanan tubuh bekerja untuk memelihara kesihatan tubuh kita pada setiap saat dan ketika. 


Perbandingan Tinggi Nabi Adam Dengan Manusia Zaman Ini

Seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah, Nabi Adam mempunyai tubuh yang kekar dengan tinggi 60 hasta.

Sabda Rasullulah “Allah menciptakan Adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ (HR.Bukhari), hadis ini juga dicatat dalam riwayat imam Muslim dan imam Ahmad, namun dalam sanad yang berbeza.

Untuk fakta,1 hasta = 45.72 cm. maka dengan itu tinggi nabi Adam adalah 27.432 meter. Perbandingan tinggi tersebut dengan tinggi manusia zaman sekarang adalah seperti di bawah.



Lembaga Misteri Muncul Ketika Kebakaran

"Ketika anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran di sebuah rumah tinggal, secara tiba-tiba muncul tiga kepala lembaga misteri di ruang udara dan satu daripadanya sempat saya rakamkan dengan telefon bimbit."


 
 
 

Gempar, Katak Merah di Laman Rumah

Katak berwarna merah yang ditemui anak Kamsah, Mohd Fakrul Ikwan di halaman rumah mereka, semalam.

MARANG – Sebuah keluarga yang tinggal berdekatan bangunan rumah kedai Majlis Daerah Marang (MDM) di Wakaf Tapai dekat sini, terkejut apabila anak mereka yang berumur sembilan tahun menemui spesies baru katak berwarna merah di halaman rumah mereka.

Menurut ibu kanak-kanak terbabit, Kamsah Ludin, 38, sejak tinggal di kawasan berkenaan beberapa tahun lalu, dia tidak pernah menemui katak sebegitu.

“Kami terkejut selepas Mohd Fakrul Ikwan (anak) memberitahu ada seekor katak berwarna merah di halaman rumah.

 

Fesyen Bulu Haiwan Alpaca



KOMBINASI gambar menunjukkan fesyen bulu di kepala alpaca di sebuah ladang di Goeming, Austria.


VIENNA, Austria - Para penternak alpaca mencukur bulu haiwan itu supaya ia kelihatan nipis di Goeming, Austria.

Bulu alpaca dinipiskan bagai menyesuaikan haiwan itu dengan cuaca panas sebelum ketibaan musim sejuk.
Alpaca ialah haiwan seperti llama yang kebanyakannya terdapat di Amerika Selatan.
- Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...