Tadabbur Al-Quran Penawar Hati Mukmin
Jika anda membaca al-Quran, ke mana arah pemikiran anda terbang dan di manakah hati anda hinggap? Antara punca kita tidak mendapat hidayah al-Quran adalah akal dan hati yang tidak fokus kepada makna bacaan. Ada yang membaca hanya untuk mengejar matlamat mengkhatamkan saja. Ada pula yang memberat-beratkan hukum-hukum tajwid hingga melalaikannya daripada memahami makna. Yang paling menyedihkan wujud segelintir orang Islam yang membaca al-Quran untuk dibayar bagi mengirimkan pahala kepada orang yang telah mati!
Penyalahgunaan al-Quran memang kerap dilakukan, hingga menyelewengkan manusia dari matlamat sebenar untuk menjadikan al-Quran sebagai petunjuk kehidupan. Praktik sebegini telah dilakukan oleh para orientalis yang belajar al-Quran untuk mencari kelemahan Islam dengan cara membuat penafsiran-penafsiran yang jauh melencong dari disiplin ilmu Islam yang sebenar. Seperti Jaringan Islam Liberal yang dikenali sebagai JIL di Indonesia telah melebarkan fahaman Islam yang menghalalkan apa yang diharamkan al-Quran sehingga Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengharamkan pertubuhan ini serta merta. Antara fahaman mereka adalah sesiapa sahaja boleh menafsirkan al-Quran hingga orang awam yang tak mengerti bahasa Arab dan disiplin ilmu Al-Quran dan Hadis pun boleh menafsirkan al-Quran mengikut pandangan akal dan adat budaya serta keperluan semasa.
Di Amerika, Amina Wadud telah menulis buku tentang Tafsir al-Quran menurut perspektif feminisme yang menolak ketentuan hukum-hakam al-Quran tentang poligami, talak, harta warisan dan isu-isu seumpamanya yang menyangkut hal ehwal kewanitaan. Beliau menganggap tafsir yang ditulis ulama-ulama dahulu perlu direvisi dan disesuaikan menurut peredaran zaman dan kedudukan wanita saat ini. Kemuncaknya beliau telah mengimamkan kaum lelaki dalam satu Solat Jumaat.
Namun demikian, Allah Taala masih menjaga agama ini dari anasir-anasir yang menggugat keasliannya. Dipeliharanya ilmu para ulama dan sarjana Islam yang komited lagi beriman dari terpesong dan disuburkan ladang-ladang ilmu di serata dunia dengan kelahiran generasi-generasi Islam yang istiqamah berpegang kepada kekuatan ilmu yang bersumberkan dari al-Quran dan al-Hadis.
Semakin rancak dan canggih musuh-musuh Islam mahu menodai kesucian al-Quran semakin berani umat Islam yang sedar maju ke hadapan membela dan mempertahankan kemurnian Islam. Semakin dicabar umat Islam maka semakin kuat dan ramai yang sedar bahawa kefahaman mereka tentang al-Quran harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kalau dahulu kita hanya belajar membaca al-Quran tanpa tahu apa isi kandungannya, kini ramai orang yang mula mengkaji al-Quran, mempelajari tafsirnya dan berusaha menghafalnya sepertimana mereka juga mencintai hadis Rasulullah SAW dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Tidak ada alasan untuk kita mengatakan kepada Allah Taala saat bertemu pada hari pembalasan, bahawa kita tidak tahu apa-apa tentang agama ini. Kerana semuanya telah tersedia dengan begitu mudah. Hidayah Allah SWT datang dalam satu pakej lengkap melalui santapan Qurani yang kini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.
Permasalahan utama dalam memahami al-Quran adalah bahasa, tetapi Said Hawwa dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatin Nafs menyatakan bahawa: “Antara kelemahan umat Islam memahami al-Quran selain jurang bahasa ada satu punca yang ramai orang awam tidak memperhatikannya iaitu ‘tidak mampu mentadabburkan al-Quran’. Beliau merumuskan cara-cara mentadabburkan al-Quran, antaranya ialah:
1. Fahami tujuan membaca.
Bukan hanya pahala saja yang diharapkan, tetapi hendaknya Al-Quran itu tertegak dalam keperibadian, seterusnya menggerakkan kita menjadi pembela yang memperjuangkan nilai-nilai Al-Quran dalam masyarakat. Pendeta Zwimmer pernah berucap dalam satu Persidangan Misionari Antarabangsa di Jerussalem Palestin, berkata: “Para misionaris telah berhasil mempengaruhi generasi Islam di pelbagai negara dan mereka lahir sebagai manusia yang tidak mengenal Tuhannya dan asing daripada kitab sucinya, walaupun kalian belum berhasil memurtadkan mereka ke dalam agama kita, tidak mengapa, bukankah mereka telah lahir sebagai generasi yang tidak memiliki idealisme dalam kehidupan?”
Bukan hanya pahala saja yang diharapkan, tetapi hendaknya Al-Quran itu tertegak dalam keperibadian, seterusnya menggerakkan kita menjadi pembela yang memperjuangkan nilai-nilai Al-Quran dalam masyarakat. Pendeta Zwimmer pernah berucap dalam satu Persidangan Misionari Antarabangsa di Jerussalem Palestin, berkata: “Para misionaris telah berhasil mempengaruhi generasi Islam di pelbagai negara dan mereka lahir sebagai manusia yang tidak mengenal Tuhannya dan asing daripada kitab sucinya, walaupun kalian belum berhasil memurtadkan mereka ke dalam agama kita, tidak mengapa, bukankah mereka telah lahir sebagai generasi yang tidak memiliki idealisme dalam kehidupan?”
Sesungguhnya ancaman bagi musuh-musuh Islam bukan kerana senjatanya, bukan kerana kekayaannya dan ramai bilangannya tetapi kerana jiwa-jiwa Qurani yang terpacak kukuh di serata dunia. Untuk itu mereka memerangi Al-Quran supaya ia tidak tertegak di hati generasi Islam.
2. Tadabbur suatu proses membersihkan hati.
2. Tadabbur suatu proses membersihkan hati.
Segala sesuatu yang berasal dari keikhlasan hati akan terpancar keindahan dan kebaikan di dalamnya. Semua ibadah dalam Islam dimulakan dengan niat di dalam hati. Ketika membaca Al-Quran, sebenarnya kita seolah-olah sedang menyelongkar ke dalam diri untuk menilai siapakah kita sebenarnya?
Ramai orang yang begitu mengambil berat tentang suci dari hadas kecil dan besar ketika memegang al-Quran tetapi berapa ramai yang mementingkan kesucian hati dari angan-angan dunia yang menyibukkannya sehingga fikirannya tidak mampu terfokus kepada ayat yang dibaca. Adakah kita mampu merehatkan hati kita dari lintasan-lintasan dengki, riyak, dendam dan kebencian kepada sesama insan ketika memegang Al-Quran?
3. Membaca dengan harapan mendapat hidayah Allah.
Sebelum membaca Al-Quran pernahkah kita berdoa: ”Ya Allah berilah petunjuk dengan bacaanku ini.” Sesungguhnya orang yang mahu petunjuk betul-betul memerhatikan setiap ayat yang dilafaz dan mendengarkan dengan penghayatan sambil mencari apakah yang belum aku kerjakan dari suruhan Al-Quran ini? Dan apa pula perbuatan yang kerap dilakukan padahal ditegah Al-Quran. Jangan bekukan Al-Quran dalam ruangan sempit pemikiran kita. Ayat yang turun mencela golongan munafik dan kafir, itu sebenarnya untuk diri kita juga yang kadang-kadang tersalah jalan lagi alpa.
4. Rasulullah mengulang-ulangi bacaan dalam sembahyang.
Tadabbur juga boleh dilakukan dengan cara mengulang-ulangi bacaan sambil menghayati maknanya. Diriwayatkan daripada Abu Zar, beliau berkata: Rasulullah SAW mengerjakan sembahyang malam bersama kami lalu baginda berdiri dan membaca sebuah ayat, Baginda mengulang-ulang ayat tersebut, iaitu yang bermaksud: ”Jikalau Engkau (Ya Allah) menyeksa mereka maka sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hamba-Mu jua dan jikalau Engkau mengampuni mereka maka sesungguhnya Engkau adalah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Maidah ayat: 118)
Sesungguhnya pengulangan ayat dengan maksud meresapkannya ke dalam hati dan seterusnya sebati di dalam darah dan daging merupakan proses pembersihan jiwa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Betapa nikmatnya tadabbur yang menjadi kesukaan baginda dan para sahabatnyamencariygbenar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan