Demikian dakwaan seorang mekanik, Rosli Sabri, 38, semasa menceritakan pengalaman yang menakutkan apabila terlihat tiga kepala lembaga misteri dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah tinggal di Bukit Subang di sini Ahad lalu.
Rosli ketika ditemui di bengkelnya di sini semalam berkata, dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, rumah yang ditinggalkan sejak tujuh tahun lalu itu hangus selepas disambar api yang merebak dari sebuah bengkel bersebelahan rumah tersebut.
"Pada mulanya tiada sebarang kejadian aneh berlaku tetapi apabila anggota bomba memancutkan air pada rumah yang terbakar, secara tiba-tiba muncul tiga kepala lembaga dalam tempoh kira-kira seminit sebelum hilang.
"Malah ada cerita mengatakan anggota bomba terpaksa menghentikan kerja-kerja memadam api beberapa minit kerana diganggu makhluk halus," ujarnya
takmungkin benar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan