Rabu, 23 September 2015

RESEPI: MEE JAWA BERKREPEK

 mee jawa (2)
RESEPI MEE JAWA BERKREPEK:
Mamak Haji tak tahu pulak asal usul mee jawa ini, kalau ke Pulau Jawa tak ada pulak orang Jawa jual Mee Jawa, yang popular di sana “Bakmi Jawa” atau “Mie Celor” Palembang. Mungkin ia sama dengan, “Mee Bandung” , yang tidak ada di Bandung, Indonesia tetapi ada di negara kita. Setahu Mamak Haji  , Mee Jawa ini sangat popular dalam kalangan masyrakat Cina di Pulau Pinang sebagai  sarapan pagi. Ada yang kata di Johor pun popular juga. Penyediaan Mee Jawa ini ada berbagai versi seperti Mee jawa Nyonya yang lebih perasa tomato dan masam. Ada juga resepi mee jawa gunakan stok daging lembu, ia memang sedap tapi untuk orang beragama Hindu dan Budha ia tak sesuai. Maka Mamak haji fikir resepi gunakan bahan asas udang lebih sesuai untuk majlis jamuan pelbagai kaum.


Fakta Yang Ramai Tidak Tahu Mengenai Kapal Titani


10 fakta tentang titanic.jpg 
10 Fakta Yang Ramai Tidak Tahu Mengenai Kapal Titanic

Pada jam 11.40 malam, bertarikh 14 April 1912,  kapal RMS Titanic melanggar ketulan ais besar di Lautan Atlantik sebelum tenggelam kira-kira 2 jam selepas itu. Ini adalah tragedi terbesar yang melibatkan kapal. Kejadian menyayat hati ini mengorbankan 1,517 penumpang dan anak kapal. Sungguh menyedihkan!
Walaupun telah ratusan tahun tragedi ini berlaku tetapi dunia masih mengingatkan mengenai tragedi dahsyat yang meragut ramai nyawa ini.

Disebalik tragedi titanic ini ada 10 fakta yang ramai tidak tahu. Mari kita lihat 10 fakta yang mungkin anda tidak tahu mengenai tragedi Titanic.

Nasihat Saidina Ali ra

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berikut adalah nasihat Saidina Ali ra sebagaimana yang terdapat di dalam Kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabiin ra: 


1- Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang yang muda.

2- Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3- Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging.
 

Tauhid

Gambar sekadar hiasan
Keyakinan kita terhadap dunia sebenarnya mengatasi keyakinan kita kepada akhirat. Begitu juga nasihat kita kepada anak-anak kita atau rakan taulan. Biasanya nasihat untuk keduaniaan lebih banyak kita faham dari nasihat kearah akhirat. Disitu kita akan menjadi lebih cekap lebih pandai untuk menasihati mereka dalam apa saja bidang yang melibatkan urusan dunia. Contohnya jika ada yang hendak berurusan di kaunter Puspakom pasti ramai antara kita dapat memberi tips atau nasihat bagaimana untuk melalui pemeriksaan kenderaan agar tidak berlaku ulangan pemeriksaan kerana tidak lulus pada ujian pertama. 

Namun berbeza pula jika seseorang memerlukan nasihat untuk akhirat lalu berjumpa seseorang contoh seseorang yang memang didalam masjid. Yang datang berjumpa itu adalah seorang pendosa dan memerlukan nasihat bagaimana untuk menghapuskan dosa dan digantikan dengan pahala. Dalam kata ringkas bagaimana menggantikan maksiat dengan ibadat yang disukai oleh Allah.
 
 

Selasa, 22 September 2015

Info - Tambah Cantik Dengan 7 Petua Tomato

Top Up Cantik Dengan 7 Petua Tomato
 
Sinonim dalam bab cantik, tomato dikatakan sangat luar biasa 'menghapuskan' masalah kulit wajah. Paling mujarab tomato dijadikan ramuan utama dalam penghasilan minuman kecantikan, masker dan sebagai pati rawatan rambut. Jom selongkar kelebihan sayur ini untuk dunia kecantikan.


TABIAT LELAKI YANG MEMBUATKAN ANDA NAMPAK LEBIH TUA BERBANDING UMUR SEBENAR

Menjadi lumrah bagi laum Adam untuk tidak bersolek dan kurang menjaga penampilan seperti kaum wanita di mana lelaki dikatakan tidak terlalku kisah mengenai perkara ini.

Berdasarkan kajian, kebanyakan lelaki menadak mereka tidak punyai cukup masa untuk berbuat demikian dan ada juga dikatakan malu untuk berbuat demikian kerana tidak mahu digelar lelaki metroseksual. 

Akibatnya, kaum lelaki yang jarang menjaga penampilan diri kelihatan jauh lebih tua daripada usia mereka.

Berikut ini 8 perkara yang biasa dilakukan kaum Adam hingga mereka ‘cepat tua’:

Kena Baca! 8 Tabiat Lelaki Yang Membuatkan Anda Nampak Lebih Tua Berbanding Umur Sebenar  

Kena Baca! 8 Tabiat Lelaki Yang Membuatkan Anda Nampak Lebih Tua Berbanding Umur Sebenar

Isnin, 21 September 2015

Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang?

menjaga hati dari keadaan
Bukan mudah untuk menjaga hati dari keadaan sekeliling * I give you my heart.

by mylittlebluesky

“Susahnya nak menjaga hati ni…!!”

Alhamdulillah Allah bagi kita hati dari situ kita ada perasaan.

Dan mujur lah Allah ciptakan manusia tu dengan  satu hatinya. Sebab apa dengan satu hati ni pun kita dah tak terjaga, jadi macam mana kalau kita punya banyak hati.

– Nak jaga ia dari bersangka-sangka dengan orang, nak jaga dari terluka.

Dengan satu hati ni pun dah banyak kali terluka, banyak sangat dah bersangka sangka  dengan orang. Satu hati yang dikurniakan kalau kita pelihara dia elok elok Allah indahnya.


LEBUHRAYA "TERAPUNG" DIBINA DI ATAS SUNGAI DI CHINA

Di Malaysia biasanya jika ada kawasan bukit bukau, jalan raya akan dibina melingkari permukaan bukit. Di Provinsi Hebei,China mereka mempunyai dilema yang sama ketika membina jalan raya diantara Xingshang County dan Jambatan Zhaojun. Jalan raya ini perlu melalui kawasan berbukit bukau. Kerana jurubina tidak mahu menebuk terowong menembusi kawasan pergunungan dan memusnahkan keindahan semulajadi, mereka membina jalan raya di atas permukaan sungai. Empat daripada sepuluh kilometer jalan raya baru ini dibina di atas permukaan sungai. Kos pembinaan ialah sekitar 440 Juta Yuan (RM 292 Juta) dan adalah lebih mahal dari kos pembinaan biasa. Tetapi bagi penududuk setempat jalan raya "terapung" di atas sungai ini bukan sahaja unik tetapi memberikan pemandangan yang cantik apabila digunakan.
 

Resepi - Pais Ikan Bersantan

Boleh juga gunakan ikan lain seperti tenggiri dan sebagainya.

 pais ikan bersantan

BAHAN-BAHAN:

2-3 ekor ikan kembung sederhana besar
500ml santan pekat
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
4 biji cili merah
5 biji cili padi
1 batang serai
1 batang bunga kantan } hiris halus
2-3 helai daun limau purut } mayang halus
3cm kunyit hidup
Garam dan lada sulah
secukup rasa
Daun pisang secukupnya



Info - Kulit Kering? Petua Ini Untuk Anda


Kulit Kering? Amal Petua Ini

Salah satu dilema kaum wanita adalah melihat perubahan kulit wajah semakin kusam dan kering apabila umur semakin meningkat. Jika tidak dirawat proses penuaan boleh berlaku dengan lebih cepat. Bagi mengekalkan kelembapan kulit dan membantu wanita kelihatan awet muda, anda boleh cuba beberapa petua ini...


ISLAM itu INDAH ,bukan dari SEDERHANA atau MEWAHNYA Tapi dengan penampilan BERSAHAJA dan akhlak mulia

SLAM itu INDAH ,bukan dari SEDERHANA atau MEWAHNYA Tapi dengan penampilan BERSAHAJA dan akhlak mulia
ISLAM ITU INDAH
kita tidak bisa MENILAI Orang dari PENAMPILANNYA saja,

namun BUKAN berarti kita MENGABAIKAN Penampilan diri sendiri,

SEDERHANA itu BUKAN alakadarnya
namun BERSAHAJA

JAGALAH KEINDAHAN Agama dg KEINDAHAN Akhlak mulia
dan BUSANA yg bersahaja



Inginkan KESIHATAN? KECANTIKAN? Baca Ni..

“ISLAM ITU INDAH & MELIPUTI SEGALA KEINDAHANNYA..”
Kesihatan dan kecantikan
Silakan ikuti arahan di atas. Insyaallah, apa yang anda impikan, akan menjadi kenyataan.

:)http://pakarcinta.com

Jumaat, 18 September 2015

Resepi - KERABU MANGGA BERSAMA LIMAU BALI



Bahan-bahan:

2 bj - mangga muda (potong halus memanjang)
1/2 bj - limau bali(ambil isinya)
3 ulas - bawang putih
5 bj- cili padi
2 sb- udang kering
2 sb- gula siam (warna kuning)
1 bj- bawang besar sos nampla @ sos ikan
segengam kacang tanah yg telah di goreng ..(tumbuh kasar)
segengam ikan bilis ..goreng
 

TANDA adakah ANDA akan berjaya?…

Hari ini, saya suka ingin berikan 10 lagi untuk melengkapkan senarai 20 tanda-tanda orang yang berjaya. Cuba lihat, adakah anda mempunyai ciri-ciri ini…
 
Sekiranya tiada, pastikan and amalkannya InsyaAllah!

10lagi
  1. Anda minat pada apa yang anda usahakan

    Seringkali, mereka yang berjaya minat dan suka sangat pada apa yang mereka lakukan. Kerja umpama hobi yang tidak terasa penat lelah berhadapan dengannya.



Jenis Makanan Yang Wanita Patut Elakkan Semasa Datang Bulan

Ketika datang bulan, memang asyik rasa nak makan je tapi kena tahu apa yang boleh dan tak boleh makan.
  • Selepas kami melihat satu posting daripada Facebook Rahsia Hawa semalam, kami juga ingin berkongsi dengan anda senarai makanan yang tidak digalakkan untuk diambil oleh wanita semasa datang bulan


    1. Daging berlemak


    • 73b7 
       Image via frugivoremag.com

    Makanan seperti daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan.
    says.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...