Sabtu, 26 Mei 2012

Khasiat Buah Markisa

Pernahkah anda mendengar nama Buah Markisa? Sekali pandang ia mirip seperti buah delima termasuklah isinya sekali. Buah Markisa ini juga ternyata mempunyai pelbagai khasiat.

 Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya tentang buah markisa kerana buah ini tidaklah begitu popular di Malaysia. Namun bentuk fizikal dan isi buah ini mirip seperti buah delima.Markisa atau nama saintifiknya Passiflora Edulis merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dalam kategori Passifloraceae. Pokok markisa ini terdapat di kebanyakkannegara tropika dan sub tropika. Buah Markisa telah dikaji secara saintifik akan khasiatnya yang mampu merawat masalah kulit.

 





Buah markisa mengandungi nutrient seperti vitamin A dan C. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tidu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pencerah yang menjadikan kulit lebih gebu dan bersih.

Markisa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan gejala alergi dan sensitif. Markisa juga mampu memisahkan dan membuang racun dari dalam tubuh. Selain itu, buah markisa juga meningkatkan kesegaran kulit dan merangsang pertumbuhan sel muda pada lapisan kulit wajah. Markisa mengandungi vitamin c yang tinggi serta anti oksida.

Ada banyak khasiat lain yang dimiliki oleh buah markisa seperti yang ada dibawah ini :
  •     Memulihkan Kanser
  •     Mengatasi insomnia
  •     Mengatasi batuk
  •     Anti alergi
  •     Menenangkan anak hiperaktif
  •     Melancarkan perjalanan Haid
  •     Menjaga kecantikan wajah
  •     Menurunkan kolesterol
  •     Melancarkan peredaran darah
  •     Antiseptik
  •     Antibodi
Melayukini.net - Memang amat jarang kita dengar tentang buah Markisa. Jangan kata jarang, mungkin ada yang langsung tidak pernah mendengar. Rupanya memang seakan-akan sama dengan buah delima. Walaubagaimanapun buah ini jelas kaya dengan pelbagai khasiat di dalamnya.
 Melayukini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...