Khamis, 17 Mei 2012

Tapak Warisan Dunia

                        Tapak 86: Memphis dan Necropolisnya, termasuk Piramid Giza di Mesir.
      
Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah tempat-tempat khusus (seperti hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks atau bandar) yang dicalonkan dan mendapat pengesahan untuk dimasukkan ke dalam senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang ditadbir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang terdiri dari 21 kumpulan-kumpulan kenegerian (negara) yang dipilih oleh Perhimpunan Am Kumpulan-Kumpulan Kenegerian bagi tempoh terhad.








Program ini bertujuan mengkatalog, menyenarai, menama dan mengabadikan tapak-tapak ulung warisan budaya atau warisan semula jadi penting demi warisan sejagat. Tapak-tapak warisan boleh mendapat dana dari Dana Warisan Dunia di bawah syarat-syarat tertentu. Program ini ditubuhkan di bawah “Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia” yang dipersetujui oleh Persidangan Am UNESCO pada 16 November 1972. Sejak itu, lebih 80 negara telah meratifikasi atau mengesahkan konvensyen tersebut.
Sehingga 2006, sejumlah 830 tapak telah disenaraikan sebagai Tapak Wariasan Dunia yang terdiri daripada:
1. 644 tapak bagi kebudayaan
2. 162 tapak bagi kawasan semulajadi
3. 24 tapak bagi ciri bercampur

Gambar dibawah merupakan sebahagian Tapak Warisan Dunia yang telah diwartakan.

Piramid De la Luna di Teotihuacan

Tapak #114: Persepolis di Shiraz (Iran).

Tapak #404: Acropolis Athens, (Greece).

Tapak #292: Katedral Cologne di Jerman.

Tapak #307: Patung Liberty, (Amerika Syarikat).

Tapak #447: Uluru, (Australia).

Tapak #483: Chichen Itza di Yucatán, (Mexico).

Site #540: Pusat Sejarah St. Petersburg, (Russia).

Tapak #772: Sawah Padi Berteres Banaue di pergunungan dekat Ifugao, (Filipina).

Warisan Budaya Dunia Pertama Quito, (Ecuador).
 cipscap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...