
Di bawah ni tutorial khas untuk korang buat telur rebus berbentuk hati. Tak susah pun, senang je..antara barang yang perlu; kotak kertas susu segera, getah dan chopstik. Cara-Caranya:
1. Potong kotak kertas dan lipat separuh.

2. Letakkan telur yang telah direbus ke dalam lipatan kotak. Sementara telur rebus tadi masih suam, letakkan chopstik secara melintang pada telur dan ikat dengan getah dihujungnya.


3. Setelah selesai, letakkan di dalam peti sejuk selama 10 minit.

4. Selepas 10 minit, buka ikatan getah dan keluarkan chopstik.

5. Potong telur kepada separuh...maka siaplah telur rebus berbentuk 'love' kita



Tiada ulasan:
Catat Ulasan