Selasa, 3 Julai 2012

Mana Perginya Roh Setelah Keluar Dari Badan


mana perginya roh setelah keluar dari badannya - Diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Na`im bahawa apabila malaikat mengambil roh sesaorang dia akan membawa hingga bertemu dengan Allah Azzawajalla. 


Jika roh itu termasuk daripada orang yang baik dan beriman ia mendapat kebahgiaan, Allah akan berfirman kepada Malaikat. “Bawalah dia dan perlihatkan tempatnya di dalam syurga”.
 
 
 
 
 



Malaikat akan membawanya ke dalam syurga. Apabila jasadnya dimandi dan dikapankan akan diletak bersama dengan jasadnya, ketika jasadnya diusung ia boleh mendengar suara orang yang berbicara tentang dirinya sama ada baik atau buruk.

Apabila disembahyang dan dikuburkan, pada masa itu roh akan dikembalikan ke jasadnya untuk disoalkan oleh dua orang malaikat yang ditugaskan untuk menyoal orang mati, dan seterusnya akan memberitahu tempatnya selepas itu berdasarkan baik buruk amalannya.

Amru bin Dinar pernah berkata; “Setiap roh orang yang mati berada ditangan malaikat, ia boleh melihat jasadnya ketika dimandikan, dikapankan, bagaimana jasadnya diusung dan dimasukkan ke dalam kubur. 

Dalam riwayat lain ditambah; dan dikatakan kepadanya Ketika berada diatas katilnya, “dengarlah percakapan orang-orang yang berbicara tentang dirimu sama ada baik atau buruk”.

Dalam satu riwayat lain dikatakan; Seorang bermimpi bertemu dengan Muhammad bin Nabatah setelah dia meningal dunia dan bertanya; “Apakah yang dilakukan oleh Allah keatas kamu”, ia menjawab ; “Allah menempatkan aku didepanNya dan bertanya kepadaku; “Kamu adalah orang yang membenarkan kata-kata mu semasa hidup didunia, sehingga orang memujimu”, lalu aku berkata; “maha suci Engkau Ya Allah dan seterusnya aku mengajar mereka tentang sifat-sifat Mu Yang Mulia dan mengajar mereka tentang ilmu tauhid”.

Lalu Allah berkata kepadaku; “Katakanlah seperti yang kamu katakan semasa di dunia”, aku pun berkata; “Dia, Allah s.w.t. akan menghancurkan manusia sebagaimana Dia menciptakannya, Dia akan menjadikan manusia tidak bercakap sebagaiman Dia membuat manusia bercakap, Dia menciptakan manusia sepertimana sebelum ini manusia tidak ada, Dia akan mengumpulkan manusia sebagaimana Dia memisahkannya”, lalu Allah s.w.t. berkata; “Kamu benar, pergilah! Aku telah mengampunimu”.

Begitu juga dengan kata Mansur bin Imar, seorang bermimpi bertemu dengannya setelah meninggal dunia lalu dia pun bertanya; “Apakah yang Allah lakukan kepadamu?”, ia menjawab: “Allah s.w.t. telah menempatkan aku didepanNya, lalu berkata; “ Dengan apa yang kamu datang kepadaKu wahai Mansur?”, aku pun menjawab: “Dengan tigapuluh enam hujjah (alasan).

Jawab Allah; “Aku tidak terima walau pun satu hujjah”. Kemudian Allah bertanya lagi; “Dengan apa yang kamu datang bertemu dengan Aku wahai Mansur?”. Dengan tiga ratus enam puluh kali khatam al-Quran al-Karim”. Allah berkata lagi; “Aku tidak menerima satu pun dari khatammu itu”, lalu Dia bertanya lagi; “Dengan apa kamu datang bertemuKu wahai Mansur?”, aku menjawab, “ “Aku datang kepadaMu dengan Mu Ya Allah”. Maka Allah s.w.t. pun menjawab” Mahasuci Allah, sekarang baru kau datang disisiKu, pergilah, Aku telah mengampunimu
 mysyah-holiday

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...