NIAT seorang pemilik kenderaan ala "flinstone" untuk memulakan pemanduan terpaksa dibatalkan kerana pihak berkuasa memutuskan kereta zaman batu miliknya itu tidak selamat untuk dipandu.
Menggunakan bingkai kayu dan alas tempat duduk berlapikkan corak harimau bintang, Sebastian Trager mereka bentuk kenderaan menyerupai kenderaan yang menggunakan kuasa tolakan kaki seperti di dalam rancangan TV popular "Flinstone".
Bagaimanapun, hasil modifikasi moden, kenderaan yang dicipta oleh jurutera Jerman itu tidak memerlukan kayuhan kaki kerana ia dilengkapi enjin 1.3 liter di dalam roda bahagian hadapan kenderaan.
Trager telah memohon lesen untuk memandu kereta zaman batu ciptaannya itu, namun pihak berkuasa Jerman memutuskan ia sebagai tidak selamat untuk berada di atas jalanraya.
"Kami telah meniru dengan teliti. Saya bekerja di dalam pembinaan kereta dan gemar dengan kereta, jadi say tau ia sangat selamat" jelas Trager.
"Tapi ketika kami terpaksa mengisi salah satu bahagian dalam borang pendaftaran berhubung jumlah lampu, cermin dan penyapu air, kami berputus asa kerana ia langsung tiada cermin"
"Kami membawanya untuk dipamerkan kepada orang ramai, nampaknya semua orang sukakannya"
metro.co.uk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan