Sabtu, 8 Disember 2012

Peristiwa Penting di Gaza Pada 8.12.2012

Peristiwa bersejarah 8hb Disember 2012 di Gaza...

Jika diizinkan Allah, peserta delegasi Misi Solidariti Gaza 2012 (MSG 2012) daripada Malaysia akan berpeluang menyertai delegasi antarabangsa menyaksikan peristiwa yang sangat bersejarah di bumi Gaza.

Apa tidaknya?

Pada hari Sabtu 8hb Disember 2012 ini, Pergerakan Hamas akan menyambut Sambutan 25 Tahun Penubuhannya. 
 
Buat pertama kalinya dalam tempoh 45 tahun, Khalid Meshaal yang merupakan Ketua Biro Politik Pergerakan Hamas yang berada di dalam buangan akan menjejakkan kakinya ke bumi Gaza, Palestin.

Masa sebenar jadual ketibaan Khalid Meshaal dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Beliau dijangka akan mengambil bahagian dalam perhimpunan besar-besaran pada hari Sabtu di al-Kateeba Square di Bandar Gaza selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Hamas dan melawat mangsa serangan baru-baru ini Israel termasuk keluarga Ahmed al-Jabari, komander tentera Hamas yang dibunuh pada permulaan konflik . 

Beliau akan diiringi oleh timbalannya, Moussa Abu Marzouk, yang pernah melawat Gaza secara ringkas sebelum ini. 

Foto ini memperlihatkan para petugas sedang membuat persiapan terakhir di al-Kateeba Square yang memaparkan sebuah kubu tradisional yang turut memaparkan model roket al Qassam M-75 12 meter M-75 digunakan oleh Hamas untuk membalas serangan ketenteraan Israel baru-baru ini.

Apa yang membanggakan pertubuhan ini adalah kejayaan mereka membangunkan roket al Qassam (buatan tempatan) yang telah berjaya mengenai sasaran strategik di Bandara Tel Aviv dan kawasan-kawasan strategik yang lain sehingga memaksa Israel
bergegas memohon gencatan senjata.

Pergerakan Hamas telah meletakkan sasaran untuk membebaskan kembali Masjid al Aqsa yang telah dijajah Zionis sejak 1967 dalam tempoh 15 tahun daripada sekarang, sekurang-kurangnya.

Allah Maha Besar....
Peristiwa bersejarah 8hb Disember 2012 di Gaza...

Jika diizinkan Allah, peserta delegasi Misi Solidariti Gaza 2012 (MSG 2012) daripada Malaysia akan berpeluang
menyertai delegasi antarabangsa menyaksikan peristiwa yang sangat bersejarah di bumi Gaza.

Apa tidaknya?

Pada hari Sabtu 8hb Disember 2012 ini, Pergerakan Hamas akan menyambut Sambutan 25 Tahun Penubuhannya. 

Buat pertama kalinya dalam tempoh 45 tahun, Khalid Meshaal yang merupakan Ketua Biro Politik Pergerakan Hamas yang berada di dalam buangan akan menjejakkan kakinya ke bumi Gaza, Palestin.

Masa sebenar jadual ketibaan Khalid Meshaal dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Beliau dijangka akan mengambil bahagian dalam perhimpunan besar-besaran pada hari Sabtu di al-Kateeba Square di Bandar Gaza selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Hamas dan melawat mangsa serangan baru-baru ini Israel termasuk keluarga Ahmed al-Jabari, komander tentera Hamas yang dibunuh pada permulaan konflik . 

Beliau akan diiringi oleh timbalannya, Moussa Abu Marzouk, yang pernah melawat Gaza secara ringkas sebelum ini. 

Foto ini memperlihatkan para petugas sedang membuat persiapan terakhir di al-Kateeba Square yang memaparkan sebuah kubu tradisional yang turut memaparkan model roket al Qassam M-75 12 meter M-75 digunakan oleh Hamas untuk membalas serangan ketenteraan Israel baru-baru ini.

Apa yang membanggakan pertubuhan ini adalah kejayaan mereka membangunkan roket al Qassam (buatan tempatan) yang telah berjaya mengenai sasaran strategik di Bandara Tel Aviv dan kawasan-kawasan strategik yang lain sehingga memaksa Israel bergegas memohon gencatan senjata.

Pergerakan Hamas telah meletakkan sasaran untuk membebaskan kembali Masjid al Aqsa yang telah dijajah Zionis sejak 1967 dalam tempoh 15 tahun daripada sekarang, sekurang-kurangnya.

Allah Maha Besar....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...