"Kamu nampak cawan ini? Apa yang kamu nampak dari cawan ini?"
"Cawan tu boleh guna untuk minum la, bang."
"Cawan tu boleh hilangkan dahaga kita."
Cawan itu hanyalah perumpamaan kepada sebuah kehidupan yang saya bawakan
dalam sebuah program bersama adik-adik tingkatan satu dan dua sebuah
sekolah di Terengganu.
Ada
orang mungkin memandang cawan hanya untuk menghilangkan dahaganya.
Tetapi, ada orang memandang lebih besar daripada itu. Cawan yang kecil
itu boleh diguna untuk memberi minum kepada ramai orang yang lebih
memerlukan.
Itulah
perumpamaan kepada sebuah kehidupan. Ada orang memandang kehidupan ini
hanyalah untuk memenuhi kehendak-kehendak dirinya. Maka hidupnya tidak
lain hanyalah sekadar bermanfaat untuk dirinya. Bangun pagi, pergi
universiti belajar, main game dan cuma itu saja. Orang lain tidak
meneguk walau sedikit manfaat daripadanya. Alangkah ruginya begitu.
Jadilah sebaik-baik manusia sebagaimana sabda Rasul s.a.w. :
"Sebaik-baik manusia, adalah yang bermanfaat kepada manusia lain."
Ketika
orang lain memandang hidup ini hanya untuk kepuasan dirinya, kita akan
tetap memandang hidup sebagai medan khidmat untuk manusia.
Biar dengan segala manfaat yang ada pada kita,
Islam mampu tumpang dan manusia lain dapat meneguk hikmah pula darinya.
syndromania.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan