Assalamualaikum...
Hujan, satu fenomena alam yang sungguh menakjubkan. Apakah itu hujan?
Hujan merupakan kerpasan cecair. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Ianya adalah salah satu kitaran air di alam ini, menjadi sumber penting kelangsungan kehidupan semua makhluk di muka bumi...
Titisan air yang berguguran dari langit ini juga boleh menjadi bencana andai ianya turun dengan luarbiasa banyaknya.
Hujan, satu fenomena alam yang sungguh menakjubkan. Apakah itu hujan?
Hujan merupakan kerpasan cecair. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Ianya adalah salah satu kitaran air di alam ini, menjadi sumber penting kelangsungan kehidupan semua makhluk di muka bumi...
Titisan air yang berguguran dari langit ini juga boleh menjadi bencana andai ianya turun dengan luarbiasa banyaknya.
Hanya sedikit informasi ringkas mengenai hujan buat tambahan ilmu.
Sekarang ini cuaca cukup panas dan terik, seringkali kita mengharapkan
hujan turun di siang hari. Pabila hujan turun...kita pula sibuk
melarikan diri untuk berteduh... Ye lah...siapa yang ingin dibasahi
hujan... Dari situ jualah terciptalah payung dan baju hujan untuk kita
berteduh dalam mengharungi hujan. Dapatkan maklumat cuaca ditempat anda
di SINI
Ketika hujan turun...suasana panas akan menjadi dingin. Air yang turun
membasahi bumi menyejukkan bahang udara yang panas. Suasana menjadi
suram dan kelam. Cahaya mentari dilindungi oleh awan hitam. Kebanyakan
aktiviti luaran akan terhenti seketika. Binatang juga tidak terkecuali.
Masing-masing perlukan perlindungan dari kebasahan.
Dikala inilah masa yang sesuai untuk kita menikmati ketenangan sambil merenung titisan hujan yang turun. Suasana kelam yang dingin dan nyaman memberi rasa kedamaian dan keinsafan.
Masa untuk merenung seketika akan kekuasaan Ilahi... menjadikan hujan,
titisan air yang turun dari langit. Menjadikan hujan untuk menyejukkan
udara yang panas. Menjadikan hujan, memberikan semua makhluk sumber air
untuk kehidupan. Menjadikan hujan sebagai sumber pertumbuhan pepohon dan tanaman.
Satu kitaran yang kompleks dalam aturan alam...secara ringkasnya, air di
bumi meruap naik ke udara lalu membentuk awan dan akhirnya kembali
jatuh semula kebumi sebagai hujan...
Begitulah juga kehidupan kita di dunia ini, bak air hujan... DariNya
kita datang...dan akhirnya kepadaNya jua kita kembali. Begitulah
aturannya... Sebagaimana hujan, kita juga mempunyai sebab dan
tanggungjawab dalam mengharungi kehidupan ini.
~ Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara ~
Pabila turunnya hujan...anda renungkanlah seketika. Hujan yang turun memberi seribu rahmat dari Ilahi buat setiap makhluk dan hidupan di muka bumi ini. Semoga kita sentiasa bersyukur dan menghargai
setiap kejadian dan jangan anda lupa...berdoalah. Dikhabarkan dari
Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan,
baginda berkata: ”Semoga hujan yang bermanfaat.”
Terima kasih bersama Relaks Minda... Semoga ianya dapat memberi anda santapan buat mata dan hati.
http://relakssminda.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan