Sabtu, 15 Jun 2013

Kesan Daun Ganja Terhadap Manusia

Kesan Daun Ganja Terhadap Manusia

Ganja (Cannabis sativ syn,Cannabis indica) adalah tumbuhan renek yang menghasilkan serat, namun ianya lebih dikenali kerana kandungan zat narkotin pada bijinya, tetrahidrokanabinol (THC, tetra-hydro-cannabinol)adalah bahan aktif yang boleh membuat penghisapnya mengalami euforia (rasa lapang yang berpanjangan tanpa sebab).Daun ganja biasanya dibalut dengan daun nipah dan dinamakan rokok marijuana.


Tanaman ini tingginya mencapai 2 meter. Berdaun menjari dengan bunga jantan dan betina yang ada dipokok yang berbeza (berumah dua). Bunganya kecil-kecil dalam gumpalan dihujung ranting. Ganja hanya tumbuh di pergunungan tropika dengan elevasi diatas 1.000 meter diatas permukaan laut.

Ganja menjadi simbol budaya hippies yang pernah popular di Amerika Syarikat. Hal ini biasanya dilambangkan dengan daun ganja yang berbentuk khas. Selain itu ganja dan opium juga didengungkan sebagai simbol perlawanan terhadap arus globalisme yang dipaksikan negara kapitalis terhadap negara membangun. Di India,terdapat bahagian Sadhu yang menyembah dewa Shiva menggunakan produk derivatif ganja untuk melakukan ritual penyembahan dengan cara menghisap Hashish melalui paip Chilam/Chillum, dan dengan meminum Bhang.

Di Malaysia ganja dikategorikan sebagai najis dadah oleh Kerajaan Malaysia,ganja adalah dadah paling popular dikalangan remaja yang baru berjinak dengan dadah,biasa mereka menghisap ganja dengan cara mengulung rokok daun dari pokok nipah, daun ganja yang sudah siap diproses dicampurkan dengan tembakau rokok dan mereka menghisap secara berkongsi.Ganja ini juga boleh dihisap dengan mengunakan” dapur” atau nama yang popular dikalangan penagih adalah “paipon”.

PENGGUNAAN GANJA PADA MASA LAMPAU DAN KINI


Tumbuhan ini berasal dari China. Orang cina merupakan orang yang menggunakan ganja dalam kehidupan hariannya. Pada tahun 2737 sebelum masihi, kanabis telah digunakan untuk membuat kain. Para tabib cina telah menggunakan getah kanabis untuk mengubati sembelit, malaria dan lain-lain. Pakar bedah cina yang bernama Hua Ta merupakan orang yang pertama menggunakan kanabis sebagai ubat bius dalam pembedahanya pada akhir kurun ke- 2 selepas masihi. Di samping itu, kanabis juga digunakan untuk mengubati penyakit nyanyuk dan histeria.

Penulisan Hindu dan Buddha telah mencatatkan bahawa India merupakan negara yang memulakan penggunaan kanabis sebagai bahan khayal (Hallucinogen). Kanabis ini digunakan dalam upacara keagamaan, meditation, tahan sakit dan menghilangkan keriuhan dunia. Ia juga dianggapkan sebagai sejenis bahan suci dari sudut pandangan agama(bukan agama islam). Di India, industri kanabis merupakan satu industri legal yang diberi lesen. Ini bertujuan untuk mengawal mutu keluarannya. Ia tidak dikenakan cukai kerana ia dianggap sebagai keperluan harian.

Di Eropah, kanabis telah digunakan untuk tujuan perubatan iaitu sebagai ‘aspirin’. Doktor perubatan di Eropah pada masa itu telah menggunakan kanabis untuk mengubati histeria, deman perjalanan (travel sickness), selesema, ulcers, hay fever dan insomnia. Doktor peribadi kepada King George IV menggunakan kanabis untuk memulihkan daripada mabuk kerana minum arak secara berlebihan. Kaum proletariat Inggeris dikatakan menggunakan ganja untuk menghilangkan keletihan dan kebosanan kerja berat harian.
Pada abad ke-19, kebaikan dan kelebihan kanabis dalam bidang perubatan telah ditemui. Ia mula digunakan dalam perubatan moden. Kanabis digunakan untuk merawat penyakit sakit jiwa (Depression),tekanan darah tinggi, migrain dan masalah haid. Ia juga digunakan untuk mengembalikan selera makan seseorang.
Penyalahgunaan dadah mula berleluasa pada tahun lewat tahun 1960-an dan awal 1970-an. Ini kerana kanabis mengandungi THC yang boleh mengkhayalkan. Pada masa itu ramai pemuda di Netherlands menjadi penagih. 12 tahun selepas itu, penjualan kanabis ini secara terbuka telah diharamkan.

Ganja tidak merbahaya?


Bila ditanya kepada penagih ganja,jawapan mereka adalah,ganja tidak ketagih kerana ganja adalah tumbuh-tumbuhan mari kita kaji fakta tentang ganja ini,

Kesan awal yang sering dapat dilihat pada penagih ganja termasuklah mata menjadi merah kerana saluran darah pada bahagian mata yang mengembang. Ada juga yang akan mengalami rasa mual. Muntah-muntah, cirit-birit serta mulut dan tekak berasa kering. Ini akan diikuti dengan rasa sejuk di hidung, kaki serta tangan. Kadang-kala ototnya menggeletar dan pergerakannya menjadi tidak selaras.

Pada peringkat mental pula, tanggapan atau persepsi seseorang itu terhadap ruang dan waktu boleh berfungsi. Begitu juga dengan daya ingatan,pertuturan serta pemikiran. Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan serta sukar digambarkan. Ia mungkin menjadikanya tidak waras atau tidak siuman dan mengalami apa yang disebut sebagai toxic psychosis.

Walau bagaimanapun, si penagih tidak akan mengalami pergantungan fizikal atau jasmani. Namun demikian, seperti juga dengan dadah-dadah lain,pergantungan secara mental tetap akan berlaku. Inilah yang menjadikan seseorang itu ketagih kepada ganja.

Di Amerika Syarikat, ganja dicampurkan dengan PCP (Phencyclidine), LSD (Lysergic Acid Diethylamide), minyak hashish dan bahan kimia lain. Tahi lembu juga dicampurkan dengan ganja dan ini akan mengakibatkan merebaknya jangkitan bakteria.

Menghisap ganja juga boleh mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masa 18 – 24 bulan. Mengikut ahli sains, kesan 5 batang rokok ganja adalah sama dengan 112 batang rokok tembakau. Ganja juga akan mengubah fungsi jantung. Ia akan meningkatkan kadar degupan jantung.

Ganja juga akan merosakan aktiviti otak seperti daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan serta daya ingatan. Ini disebabkan oleh THC yang terkumpul di dalam otak. Oleh sebab THC dibersihkan daripada tubuh dengan begitu perlahan, sesiapa yang menghisap ganja lebih daripada sekali dalam sebulan , dia tidak akan bebas daripada penagihan ganja secara berterusan.

Ganja juga akan mengurangkan bilangan sperma atau menambahkan bilangan sperma yang cacat. Ini menyebabkan pembentukan janin cacat. Lelaki yang menggunakan ganja dengan banyaknya juga didapati akan mengalami mati pucuk. Ganja juga akan meninggalkan pelbagai kesan ke atas sistem pembiakan wanita. Antara kesanya ialah seperti berikut:

Kedatangan haid yang tidak menentu
Kemungkinan mengurangkan ovum dalam ovari.
Melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru dilahirkan.


Ganja juga akan mengubah sikap si penagih secara menyeluruh. Ada yang melaporkan bahawa mereka mengalami ‘sindrom tak bermotivasi’. Mereka akan menjadi tidak berminat dan gagal dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat, walaupun pada suatu ketika matlamat tersebut mempunyai erti yang mendalam baginya. Mereka tidak dapat melaksanakan rancangan jangka panjang, sukar memberi tumpuan dan prestasi kerjanya merosot. Umumnya mereka akan terus terpegun, berbaling mendengar muzik, menonton television atau beromong-omong kosong. Dengan kata lain, penagih ganja akan membawa kerugian yang begitu besar kepada dirinya, keluarganya , masyarakat dan juga negaranya.

KESIMPULAN
Semakin banyak kes dilaporkan bahawa penagih ganja menghadapi kesukaran untuk berhenti dari tabiat mereka. Ini adalah akibat penggunaan ganja yang menyeronokkan.
Penghisap ganja terpaksa menambahkan jumlah dos ganja yang dihisapnya kerana daya tahan mereka terhadap dadah tersebut telah meningkat. Penghisap ganja tidak dapat mengawal jumlah ganja yang digunakan. Hidup mereka tertumpu kepada ganja dan mereka akan terus menggunakannya walaupun terdapat tanda-tanda yang merosakkan mereka. Ini kerana pergantungan secara psikologikal telah berlaku.
Memandangkan penagihan ganja akan membawa keburukan yang besar kepada seseorang, masyarakat dan negara, maka penggunaannya hendaklah dikawal supaya penyalahgunaan tidak berlaku. Penggunaan kanabis secara betul akan membawa kebaikan kepada seseorang tetapi penyalahgunaan akan memusnahkan seseorang

JAdi Buatlah perkara yang lebih berfaedah 
http://azizulhakim91.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...