Source Extracted from Google |
Abu Laits as-Samargandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu
ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi2 yang
bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya
mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui
mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok
engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.
Engkau dikehendaki berbuat, pertama: apa yang engkau lihat (hadapi)
maka makanlah, kedua: engkau sembunyikan, ketiga: engkau terimalah;
jangan engkau putuskan harapan, yang kelima: larilah engkau
daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat
dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar
berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan
memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang
tidak dapat dilaksankan." Maka Nabi itu, terus berjalan menuju ke bukit
itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampiri, tiba2 bukit
itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu
pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh
manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan
sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya
disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu
ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba2 mangkuk
emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga 3
kali berturut2. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan
perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh
Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba2 dia ternampak seekor burung helang
sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil
itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung
itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan
dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung
helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi
Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi.
Oleh itu, janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu
tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk
menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk
mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan
kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu helang pun terbang dan
burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu,
Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan
satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari
situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah
menemui kelima2 peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada
malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku
telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam
mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allash SWT bahawa....
"Yang pertama engkau makan itu ialah MARAH. Pada mulanya nampak besar
seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal
serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada
madu. Kedua; SEMUA AMAL KEBAIKAN (BUDI), walaupun disembunyikan, maka ia
tetap akan nampak jua. Ketiga; JIKA SUDAH MENERIMA AMANAH SESEORANG,
MAKA JANGANLAH KAMU KHIANAT KEPADANYA. Keempat; JIKA ORANG MEMINTA
KEPADAMU, MAKA USAHAKANLAH UNTUKNYA DEMI MEMBANTU KEPADANYA MESKIPUN KAU
SENDIRI BERHAJAT. Kelima; bau yang busuk itu ialah GHIBAH (MENCERITAKAN
HAL SESEORANG). Maka larilah dari orang2 yang sedang duduk berkumpul
membuat ghibah."
Kelima2 kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima2
perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidpan kita sehari2. Perkara
yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang,
memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.
Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan
menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat
nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak
pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya
pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah SWT, "Ini adalah pahala orang yang mengata2 tentang
dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita
kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita
sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang
walaupun ia benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan