Antara kelemahan menggunakan kaset ini adalah tali kaset senang bersimpul dan mudah rosak, selain ianya senang dimasuki habuk dan menjejaskan kualiti bunyi. Untuk tujuan mengguna semula kaset-kaset lama yang telah rosak, satu projek bernama Casette is Not Dead telah diilhamkan untuk memberi nafas baru kepada objek ikonik tersebut dengan membentuknya menjadi sebuah lampu yang unik dan kreatif.
Ooo My Design, designer yang bertanggungjawab membentuk projek ini mengumpulkan semula kaset-kaset lama dan diikat bersama untuk dijadikan sebagai sebuah lampu yang memberi suasana yang nostalgik. Memang sangat cantik dan kreatif. Anda ada koleksi kaset lama? Anda boleh hantar di sini (klik) dan dapatkan semula kaset anda tersebut yang telah diubahsuai menjadi cenderahati. Saya ada banyak lagi koleksi kaset-kaset lama, nak simpan buat kenangan. Heheh.
salam, berapa harga lampu kaser ini.....pm ke no hp 013-5119054 sms yer berminat atau facebook: ZackZaki
BalasPadam