Tahukah anda?
1. Makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. Tapi kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Si suami, selamba saja sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab tak sempat nak hadam makanan betul-betul.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya…takut membazir.. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan “awak ni kuat makan betullah!”
3. Bila anak menangis tengah malam nak susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula timbul. Masa tu kalau guna Total Effect Anti Aging pun dah tak guna. Kepada wanita-wanita malang kategori ini, ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak, dan TIDUR SECUKUPNYA.
4. Wanita yang berkerjaya pulak, dahlah penat bekerja nak membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapak anak.. Nak itu, nak ini. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila banyak marah dan banyak berleter, cepatlah pula menjadi tua walaupun marah kerana sayang.
HairanBlog - Kesimpulannya, wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan segelintir LELAKI atau lebih tepat lagi segelintir SUAMI. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Kalau sehari je isteri korang takde, dan korang perlu memikul tanggungjawab dia, nescaya hidup korang akan tunggang-langgang. Jangan pandai ambil jalan mudah, tinggalkan isteri yang dah tua dan gemuk sebab korang & pergi cari perempuan kurus keding. Dan kalau nak isteri tu cantik, janganlah kedekut nak belikan produk2 kecantikan.
Sumber: KoleksiCeritaBest
Sepatutnya..sepatutnya lahh..kan....si suami belikan si isteri suplemen @ hadiahkan isteri treatment @ bg isteri buat urutan badan yg tradisional supaya isteri lebih sihat bertenaga...supaya isteri lebih berasa dihargai..supaya isteri lebih cantik...
BalasPadamsebetulnya tugas isteri hanyalah melayan suami...selebihnya...tggjwb suami...tapi bila isteri dah ambil alih tggjwb suami...patutnya dapat la penghargaan..at least ucapan terima kasih...
Tapi dunia sekarang terbalik dahh...Isteri benar2 dipertanggungjawabkan dan dibebankan tugasan suami tanpa kesedaran dan tanpa rasa bersalah...suami lepas tgn...bila isteri tknk layan kehendaknya..mula la ckp isteri nusyuz la..apalaaa...kesian tauu..letih isteri tu seharian...
Semoga kita semua dilindungi...
Utk isteri2 semua..minum air yang mencukupi adalah terbaik...solat jgn tinggal...selawat dan zikir...In Shaa Allah...
Kalau mampu..ambil suplemen untuk penjagaan organ dalaman...dan kesihatan...