Jumaat, 19 Julai 2013

Renungan Untuk Isteri (mengapa redha seorang suami itu adalah syurga bagi diri kamu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi meminjamkan sisa nafas ini kepada aku dan kepada semua yang masih bernyawa.

Hari ni tajuknya nampak panjang semacam, tapi isinya taklah selebar dan sepanjang tajuknya. Cuma penulisan aku hari ni merupakan salah satu dari rujukan yang telah lama aku simpan. Aku hanya kongsikan sahaja. Mana tahu mungkin berguna untuk wanita-wanita yang telah bersuami, yang akan bersuami mahupun yang belum bersuami. Hanya sekadar renungan untuk kita ambil ibrah darinya. 
 
Aku taklah pandai sangat dalam menulis dan bermain dengan kata. Cuma apa yang aku tulis kebanyakkannya adalah dari pengalaman hidup yang telah aku lalui. 
Jadi terimalah.....
 
Sebuah renungan untuk para isteri tentang mengapa redha seorang suami itu adalah syurga bagi diri kamu.
 
  • Suami dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia meningkat dewasa, dia telah memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya untuk seumur hidup. Bahkan sering kali rasa cintanya terhadapmu melebihi rasa cintanya kepada ibunya sendiri.

  • Suami dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad untuk menanggung nafkahmu. Seorang perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan darah seperti ayah dan ibunya.

  • Suami rela menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak serta dirimu. Padahal di sisi ALLAH SWT, engkau lebih dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati kerana dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi ALLAH SWT.

  • Suami berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau seringkali mengadukan masalahmu kepada dia dengan harapan dia mampu memberikan penyelesaian. Padahal disaat engkau sedang mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar, namun tetap sahaja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi olehnya.

  • Suami berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu sedangkan engkau terkadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

  • Bila engkau melakukan dosa, maka dia akan ikut terseret ke neraka kerana dia bertanggungjawab akan maksiat yang telah engkau lakukan. Namun bila dia berbuat dosa, engkau tidak akan pernah dituntut ke neraka. Kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggungjawabkannya sendiri.

tQ to Rusydee Artz
*seorang lelaki bertanggungjawab ke atas 4 orang wanita dalam hidupnya iaitu ibunya, kakak/adik perempuannya, isterinya dan anak perempuannya. 
*dan seorang wanita mempunyai 4 orang insan yang akan bertanggungjawab ke atas dirinya iaitu ayahnya, abang/adik lelakinya, suami dan anak lelakinya. 
p/s: Jangan sering mempersoalkan siapa yang lebih besar atau tidak tanggungjawabnya kerana masing-masing punya tangunggjawab yang telahpun dipertanggungjawabkan kepada diri masing-masing. Sebaliknya tanya diri sendiri samada sudah jalankan tanggungjawab tersebut ataupun tidak. Jangan nak bertekak atas perkara yang kita sendiri tak pernah nak buat.
 http://kum-pun.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...