Penggunaan merkuri di dalam produk kecantikan ini bukan perkara baru.
Sebenarnya merkuri sudah diharamkan penggunaannya di dalam produk
kecantikan di Eropah sejak 1976 dan di Amerika sejak 1990an. Merkuri
adalah produk beracun dan kalau tahu saudara mara yang ada muka putih
melepak dan berkilat silalah tegur mereka sebelum terlambat.
Sebelum merkuri, serbuk plumbum digunakan oleh wanita sejak zaman Greek
lagi untuk mendapatkan kulit muka yang putih. Kulit putih melepak dan
pucat dianggap sebagai simbol status masyarakat yang tinggi kerana
wanita bangsawan yang tidak bekerja mempunyai kulit yang pucat. Serbuk
plumbum disapu pada muka untuk memutihkan kulit. Plumbum juga digunakan
pada celak yang dibuat di timur tengah dan India. So kalau anda masih
pakai celak oldskoool janganlah pakai selalu kerana ia juga mengandungi
plumbum.
Ingatlah bahawa kecantikan luaran tidak bermakna jika organ dalaman anda rosak akibat keracunan.
Ini komen dari Professor Faridah Abdul Rashid. Professor of Biochemistry & Medical IT at Universiti Sains Malaysia.

pen patah
saya x pernah pakai lagi :D
BalasPadam