Khamis, 27 Mac 2014

Superb Kreatif - Pertandingan Melukis Atas Kopi Latte 2014

  

Bagi penggemar Kopi (Coffee), pasti tidak akan tahan dengan bau HARUM kopi apatah lagi melihat gambarnya. Mesti mengidam mahu minum kopi tersebut. Tengok sahajalah gambar diatas, itu belum "dicorakkan" dah pun terbayang-bayang ingin rasa! Apa tidaknya, kopi ialah antara minuman terpopular diserata dunia, baik kopi O, kopi susu, arabica dan latte. Apa pula perasaan anda apabila melihat seni MELUKIS di atas kopi latte (Latte Art) seperti dibawah?
 
 
 

  

Itu baru "2D", sekarang ini gambar "3D" pula. Nah bawah ini, mampukah anda menahan perasaan ingin minum kopi latte itu? Oh mungkin tidak kerana ianya TERLALU cute! Tak sanggupkan!

   
  

  

Latte Art mula berkembang dengan pesat pada awal 1990 dengan dikatakan, permulaan seni ini dicetuskan oleh orang Itali apabila susu dituang kedalam cawan berisi espresso. Dan akhirnya pada tahun 2005, World Latter Art Competition telah dianjurkan bagi menghargai bakat mereka yang suka berseni Latte ini. Bermula tahun itu, sampai 2011, kesemua pertandingan diadakan di Eropah. Hanya 2012 di Korea. Dan pada tahun 2013 yang lepas yang berlangsung di Nice (France), peserta perempuan dari Jepun bernama Hisako Yoshikawa telah memenangi tempat pertama.

  

  

  

Pada tahun 2014 ini, pertandingan Latte Art buat julung kalinya bakal berlangsung di Melbourne, Australia dari 15 - 18 Mei. Sesiapa yang berminat nak pergi tengok sambil melihat Kangaroo sekali, dipersilakan tempah tiket awal-awal! Akhir kata, kalau nak buat sendiri boleh kat rumah sebenarnya boleh je Latte Art ini. Ambil gambar pastu upload kat Facebook kan? Kan? Kan? HAHAHA. 

Sumber: Official Site Of WLAC by PURA/ yellowcatch.blogspo 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...