Sabtu, 22 Mac 2014

Resepi -Siakap 10 Rencah 10 Rasa

SIAKAP 10 RENCAH 10 RASA
sedap.........
 Cuti sekolah dah bermula..... projek makan bersama keluarga sesuai dicuba resepi ini.....

Bahan-bahan A:
1 kg ikan siakap
100 gm sos tomato
100 gm sos cili
70 gm sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk lada putih
Minyak untuk menggoreng
 

Bahan-bahan B (dikisar):

100 gm bawang besar
80 gm bawang putih
60 gm serai
100 gm tomato
2 batang bunga kantan
30 gm daun kesum
3 helai daun limau parut
100 gm halia muda
100 gm cili merah
100 gm cili padi
40 gm cili kering – direndam dahulu

Cara menyediakan:

1. Basuh ikan dan toskan.
2. Selepas itu, perapkan ikan dengan garam.
3. Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
4. Kemudian, panaskan kuali dan masukkan minyak.
5. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
6. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.
7. Bubuh garam, gula dan serbuk lada putih. Kacau sebati.
8. Apabila kuah menjadi agak pekat, bolehlah tuangkan kuah ini di atas ikan yang telah digoreng.
9. Bolehlah dihidangkan. 
saji

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...