Jumaat, 21 Mac 2014

Resepi Nasi Halia Muda Berkismis

(Hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahan:
500 gm beras wangi
100 gm minyak sapi
2 helai daun pandan
50 gm halia muda - dihiris
100 gm buah kismis
100 ml susu cair
Garam secukup rasa



Bahan-bahan A:
100 gm bawang merah kecil - dihiris
70 gm bawang putih - dihiris
30 gm kulit kayu manis
30 gm bunga lawang
30 gm bunga cengkih
30 gm buah pelaga

Cara menyediakan:
1. Mula-mula, panaskan minyak sapi.
2. Masukkan bahan-bahan A serta daun pandan.
3. Tumis sehingga bawang menjadi kuning keemasan.
4. Ketepikan buat seketika bahan-bahan yang telah ditumis ini.
5. Sementara itu, basuh beras wangi.
6. Masukkan air mengikut sukatan biasa.
7. Masukkan juga susu cair.
8. Kemudian, masukkan pula bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
9. Bubuh juga garam secukup rasa.
10. Apabila nasi sudah masak, taburkan hirisan halia muda dan kismis.
11. Gaul rata nasi dalam periuk dan biarkan ia seketika.
12. Barulah boleh diangkat dan hidangkan bersama lauk-pauk bersesuaian.
saji

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...