Selasa, 25 Mac 2014

Kronologi Pengumuman Terkini MH370 Kehilangan Kapal Terbang MH370 MAS Hilang di Lautan Hindi Didedahkan!


Kronologi Pengumuman MH370 Kehilangan Kapal Terbang MH370 MAS Hilang di Lautan Hindi : Permulaannya berita tergemparnya (DI SINI).

Walaubagaimanapun, beginilah pengakhiran berita bagi pencarian lebih 2 minggu daripada sekitar pencarian di Laut China Selatan pada mulanya dan seterusnya berpindah ke Koridor Utara dan Koridor Selatan termasuk di sekitar lautan Hindi. Akhirnya….

Akhirnya secara rasminya pengumuman terkini MH370 oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia mengesahkan kehilangan kapal terbang MH370 MAS hilang di Lautan India adalah muktamad.



Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan kronologi khas apa yang berlaku sebenarnya daripada tengahari hari semalam sehingga berakhirnya pengumuman terkini MH370 secara khas oleh Perdana menteri :

Kronologi Pengumuman Terkini MH370 Kehilangan Kapal Terbang MH370 MAS Hilang di Lautan Hindi

  1. Inilah antara mesej yang dihantar sendiri oleh Malaysia Airlines (MAS) kepada keluarga mangsa penumpang MH370 Malaysia Airlines (MAS)
  2. Pihak berkuasa telah memberikan taklimat lebih awal kepada keluarga mangsa penumpag MH370 MAS yang hilang sebelum pengumuman rasmi oleh Datuk Seri Najib Razak
  3. Perdana Menteri menerima panggilan khas daripada Perdana Menteri Australia mengenai tragedi MH370
  4. Perbincangan khas bersama kepimpinan peringkat tertinggi Angkatan Tentera sebelum Datuk Seri Najib Razak mula menyampaikan pengumuman khas MH370
  5. Tepat pukul 10 malam 24 Mac 2014, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan sidang media tergempar di PWTCmengenai kapal terbang MH370 MAS malaysia Airlines
  6. Syarikat Boeing Airplanes turut berkongsi kesedihan dengan berita terkini pengumuman khas MH370 oleh PM berkenaan kehilangan kapal terbang MH370 MAS hilang di Lautan India adalah muktamad!!
  7. Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap laporan berita New York Times, InMarsat telah habiskan masa selama 6 hari lamanya meneliti data berkenaan Kehilangan Kapal Terbang MH370 MAS Hilang selama ini
  8. Manakala semakan Berita Semasa terhadap portal berita Reuters melaporkan berita yang mana Kementerian Luar China mahukan kerajaan Malaysia serahkan semua datasatelit, bukti kehilangan kala terbang MH370 MAS hilang, pelan rancangan seterusnya operasi SAR
  9. Bersambung dan sedang dikemaskinikan….

Gambar Kronologi Pengumuman Terkini MH370 Kehilangan Kapal Terbang MH370 MAS Hilang di Lautan Hindi 

Semak satu persatu gambar di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas yang disusun dengan teliti mengikut kronologi dan jalan cerita yang sebenarnya….
kapal terbang MH370
Langsung dari Dewan Rakyat sekarang ini : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib akan membuat keputusan rasmi tidak lama lagi tindakan untuk berkabung di atas tragedi kehilangan kapal terbang MH370 MAS hilang ini.

Dan Datuk Najib ada juga menyentuh dan merayu baik di pihak parti kerajaan mahu parti pembangkang supaya hentilah mempolitikkan isu kehilangan kapal terbang MH370 MAS hilang selama ini. Berharap seluruh rakyat Malaysia bersatu. Akhir sekali lagi, Datuk Najib sempat berkongsi di mana Majlis Fatwa akan bersidang mengenai tindakan solat sunat Ghaib pada 6 petang ini.

OPEN; Takziah dari akak.............. mudahan mereka terkorban ditempatkan bersama dengan orang Soleh di sana serta mudah-mudahan ujian ini diterima dengan redha kepada kaum keluarga mangsa dengan semangat ketabahan yang tinggi dan ikhlas.....

BERAT MATA KITA MELIHAT BERAT LAGI YANG DITANGGUNG OLEH KAUM KELUARGA MANGSA YANG TERKORBAN
BERITASEMASA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...