BAHAN-BAHAN:
  • 1kg tulang rusuk | direbus bersama 2sm halia hingga empuk
  • ½kg kentang | dipotong empat
  • 1 cawan serbuk kari daging
  • 250ml santan cair
  • 2sm lengkuas | dihiris nipis
  • 2 keping asam keping
  • 4 sudu makan cili giling
  • 120gm kerisik
  • Sedikit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga | untuk menumis
 
BAHAN KISAR:
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2sm halia
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Rebus tulang rusuk sehingga empuk. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga berbau harum.
3. Kemudian masukkan cili giling bersama serbuk rempah kari dan biarkan hingga pecah minyaknya.
4. Setelah garing, masukkan daging tulang rusuk yang telah direbus dan biarkan seketika.
5. Masukkan santan bersama asam keping dan biarkan hingga kuah agak pekat.
6. Akhir sekali masukkan kerisik, garam, serbuk perasa dan gula secukupnya
rasa