Selasa, 21 Oktober 2014

Info - Maksud Disebalik Gred Jawatan Kerajaan


maksud gred jawatan kerajaan 
MAKSUD DISEBALIK GRED JAWATAN KERAJAAN

Info penting! Info ini harus dibaca oleh semua calon yang memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA). Info ini bagi memudahkan pemohon yang memohon jawatan kerajaan mengetahui maksud disebalik gred jawatan yang dipohon.

Gred jawatan kerajaan biasanya bermula dengan huruf dan gabungan nombor mengikut pangkat jawatan. Kita biasanya mendengar gred jawatan N17, W17, M41, W17 dan sebagainya. Disebalik gred jawatan itu ada maksud yang tersembunyi. Tidak ramai yang mengetahui klasifikasi perkhidmatan mengikut kod.

Diharap artikel kali ini dapat membantu anda mengetahui bidang tugas jawatan kerajaan mengikut gred yang ditawarkan. Berikut dibawah adalah kod disertakan klasifikasi perkhidmatan.




Bil Klasifikasi Perkhidmatan Kod
1 Pengangkutan Pemandu Lokomotif Sabah A AA
2 Bakat dan Seni B
3 Sains C
4 Pendidikan Pendidikan Berijazah dan Bukan Berijazah
Pendidikan Pengajian Tinggi
Pensyarah UiTM
Pensyarah Universiti
Pensyarah Perubatan Universiti
Pensyarah Pergigian Universiti
D DG/DGA
DH
DM
DS
DU
DUG
5 Ekonomi E
6 Sistem Maklumat
Sistem Maklumat Teknikal
F FT
7 Pertanian G
8 Kejuruteraan J
9 Keselamatan dan Pertahanan Awam Bomba
Pentadbiran Keselamatan
Penjara
K KB
KP
KX
10 Perundangan dan Kehakiman Perundangan Syariah L LS
11 Tadbir dan Diplomatik M
12 Pentadbiran dan Sokongan Penghulu
Pentadbiran Tanah
N NP
NT
13 Pencegahan P
14 Penyelidikan dan Pembangunan Q
15 Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir R
16 Sosial S
17 Perubatan dan Kesihatan Pegawai Perubatan U UD
18 Kewangan W
19 Penguatkuasa Maritim X
20 Polis Pegawai Polis
Polis Orang Asli
Polis Sokongan
Y YA
YP
YT
21 Angkatan Tentera Malaysia Z
Sumber: JPA
ammar blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...