Khamis, 16 Oktober 2014

Wah - Ferrari F60A: terhad kepada 10 unit

Pada suatu masa dahulu, pembuatan kereta bukanlah satu industri seperti yang kita kenali sekarang. Lebih-lebih lagi apabila kita pergi ke segmen yang lebih mewah, di mana setiap kereta yang terhasil lebih menepati citarasa pembeli secara individu. Konsep ini masih hidup sehingga hari ini, tetapi khusus kepada model-model yang sangat premium; di mana setiap bahagian kereta dapat dipilih dengan teliti, daripada warna sehinggalah ke bahan yang digunakan.

Begitulah juga untuk Ferrari – jika ia kelihatan seperti terlalu mewah pada masa ini, begitulah juga ia pada era 50-an dan 60-an, bahkan mungkin lebih mewah. Ferrari di Amerika pada waktu itu hanya dihasilkan setelah mendapat pembeli, oleh itu setiap kereta Ferrari dari setiap segi mencerminkan citarasa pemiliknya.

 
 
 

Sekarang, untuk menyambut ulangtahun ke-60 tibanya Ferrari ke Amerika Syarikat, terhasil model F60A, dan hanya 10 unit akan dibuat (dan semuanya sudah pun mempunyai pembeli). Ia akan dikuasakan oleh enjin V12 yang dimuatkan ke bahagian depan-tengah kereta ini. 0-100km/sj dapat dibuat dalam masa 3.1 saat.

Walaupun sangat eksklusif, jelas sekali ia menggunakan badan model F12 Berlinetta dengan enjin 12-silinder Ferrari yang menghasilkan lebih dari 700hp.


Bezanya F60A ini adalah sebuah cabriolet, di mana bumbungnya adalah diperbuat daripada kain. Menariknya, ‘bumbung’ ini hanya sesuai digunakan sehingga kelajuan 120km/sj. Disebabkan tidak mempunyai bumbung kukuh, kereta ini diberikan sepasang ‘roll-hoop’ yang, pada pendapat kami, kelihatan begitu menawan bukan sahaja daripada kontras warnanya (roll-hoop itu sendiri mendapat trim gentian karbon manakala warna kereta pula mendapat inspirasi daripada pasukan lumba Amerika Utara klasik), tetapi juga kerana bentuknya yang menjalar dari belakang kerusi hinggalah ke bahagian belakang F60A ini.

 
 http://drebar.astroawani.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...