Jumaat, 20 Februari 2015

Info -Punca Anda Gemuk Tanpa Disedari

Orang yang suka makan tidak semestinya gemuk dan orang yang kurang makan tak semestinaya kurus. Itulah hakikat sebenar sebuah kehidupan orang gemuk dan orang kurus. Eh!

Sebenarnya ada pelbagai faktor yang boleh menyaumbang ke arah kegemukan! Ia bukanlah berpunca daripada makanan semata-mata. Semua itu AUTA!

Kesian orang yang mempunyai masalah berat badan sering dicemuh dan dihina. Mereka sepatutnya diberikan sokongan. Saya suka melihat banyak program kecergasaan kebelakangan ini sehingga ia diangkat menjadi program realiti dalam usaha membentuk tubuh badan ideal dan sihat.
Moh (mari) kita teliti satu persatu punca GEMUK!
 
 
1. Hormon kacau bilau
Oprah Winfrey mempunyai masalah ini. Sudah berjuta wang dihabiskan beliau untuk kurus tetapi tetap gagal. Akhirnya misteri kegemukan beliau terbongkar setelah beliaau menjalani ujian hormon. Dan kini Oprah sudah tidak kisah untuk kurus kerana beliau tahu beliau tidak gemuk sebenarnya. Eh?
2. Sudah tentu makanan
Tetapi ia bukan penyebab utama lah. Tipulah kalau kata makanan tidak menyumbang ke arah kegemukan. Apabila permintaan melebihi pembekalan, maka lebihan teanaga akan disimpan sebagai LEMAK! Dengan dunia yang serba canggih hari ini pula, maka makanan segera telah mempercepatkan proses penghasilan lemak-lemak ini. Renung-renungkan…
3. Persekitaran
We need a cool air to breath. We need a calm place to live.
Apabila kerja stress, dan makan pun stress, habis kesemuanya jadi tungganag langgang. Kita perlu bertenang. Nak kurus kena rilek. Jangan kalut. Keep away from stressorrrr. InsyaAllah berhasil lah itu dengan berkat doa dan usaha. Hee…
4. Genetik
Yang ini cukup pantang. Keturunan nenek moyang jangan main-main k. Huh? But well, kena telan jugalah walaupun pahit. Kebiasaannya orang yang gemuk disebabkan masalah genetik ini mempunyai kerangka badan yang besar. But dont worry. Eat clean and stay healthy. Everybody can make it!
5. Kecelaruan emosi
Rasanya sudah cakap tadi di poin #3. Pengulangan: Please control your emotion. Jangan nak emo sangat. Baru lah cun dan awet muda gitu. Ahaks!
6. Cara hidup yang tidak sihat
I think most of you got the point. Stay away from unhealthy activities. i.e: smoking, alcohol, clubbing..oh eh?
7. Pengambilan ubat-ubatan
Hehe. Saya pasti berlambak ubat-ubat kurus di jual di luar sana. Serius banyak. Ada yang 3-in-1 lagi. Wow! Apapun produk atau ubatan yang mahu ditelan, pastikan ia telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Baru  syok nak makan. Dan sila pastikan produk tersebut HALAL.
 http://infolaju.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...