Selasa, 17 Februari 2015

Senarai Lima Wanita Terkaya Di Malaysia

5 
PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menduduki tempat ketiga dalam senarai wanita paling kaya di Malaysia dengan hasil kekayaan bersih sebanyak RM50 juta.

Menerusi artikel disiarkan portal savemoney.my, turut tersenarai adalah bintang Hollywood kelahiran Ipoh, Perak Datuk Michelle Yeoh dan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David.

Menduduki takhta wanita paling kaya di Malaysia ialah balu taikun Genting Highland, Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua.




1. Puan Seri Lee Kim Hua
Semenjak kematian suaminya yang merupakan pemilik pusat keriangan Genting Highland, Puan Seri dilaporkan telah mewarisi harta peninggalan mendiang sebanyak RM21.32 bilion!

yeoh1
2.  Datuk Michelle Yeoh 
Siapa yang tak kenal dengan pelakon Datuk Michelle Yeoh, 53, yang telah berjaya menempa nama di Hollywood. Kejayaannya bermula selepas mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik 1983 disusuli kecemerlangan dalam bidang lakonan apabila dipilih menjadi Gadis Bond menerusi filem Tomorrow Never Dies dan filem-filem blockbusterlain antaranya Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Memoirs of a Geisha. Kekayaan yang dimiliki Michele dianggarkan berjumlah RM245 juta pada 2013.

3.  Datuk Siti Nurhaliza

Memulakan karier seninya pada usia 16 tahun, Datuk Siti Nurhaliza terus mengembangkan bakat sehingga namanya sangat popular dan dikenali penduduk di seluruh Asia. Pada 2013 Siti, 36, dianggarkan mempunyai aset bersih sebanyak RM50 juta dan tersenarai sebagai salah seorang jutawan dalam bidang seni hiburan di Asia Tenggara.
ctt

4.  Pauline Chai 
Kes tuntutan penceraian Pauline Chai, bekas Ratu Cantik Malaysia 1969 boleh dikatakan paling mahal pernah direkodkan di mahkamah United Kingdom. Pauline menuntut setengah aset bekas suaminya, Tan Sri Dr. Khoo Kay Peng yang memiliki kekayaan sebanyak RM2.3 bilion. Suaminya merupakan ahli perniagaan yang memiliki rangkaian perniagaan kelengkapan perabot, Laura Ashley.

pauline
Dalam tuntutannya, Pauline menuntut sebanyak RM463,700 sebulan daripada bekas suaminya itu, yang mana merupakan perbelanjaan untuk tiket kelas pertama, resort lima bintang dan perbelanjaan untuk salon rambut sahaja pun sudah memakan belanja sebanyak RM2,444 sebulan!

nicol
5.  Datuk Nicol David 
Pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol David, 32, dianggarkan mempunyai aset sebanyak RM1.4 juta pada 2013. Selain bergelar atlet, Nicol juga laku dilantik menjadi jurucakap serta duta beberapa produk sekaligus menjadikannya antara wanita paling kaya di Malaysia pada masa ini.
mummynemo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...