Isnin, 23 Februari 2015

Perkara Yang Suami “Pantang”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pantang disini bukan bermaksud pantang larang. Pantang larang dalam konteks yang aku fahami ialah tidak boleh buat perkara tersebut. Sesuatu perkara itu dilarang dan ditegah daripada melakukannya. Ada faham?

7 Perkara Yang Suami “Pantang”
Ini dikategorikan sebagai pantang larang… Gambar : Google Images


“Pantang” ikut loghat aku pula ialah tak suka, tidak berapa nak gemar sangat, tidak berkenan, tak berehi dan sebagainya lagi yang ada persamaan dengan “tak suka”.
“Pantang sangat kalau orang bagi kentut kempal macam ni… Ada yang nak makan kaki ni…”
Sekarang dah boleh faham kan? Haha. Kalau tak faham juga, pandai-pandailah korang faham-faham kan.
Berbalik kepada tajuk.


7 Perkara Yang Suami “Pantang”

1. Isteri tak bagi nafkah.

Ok. Yang ni penting. Sebab tu aku letak atas sekali. Nafkah disini tak bermaksud nafkah batin sahaja. Nafkah zahir pun termasuk sekali. Yang batin tu malas aku nak cerita. Kebanyakannya dah pandai belaka. Belum kawin lagi dah pandai bab ni. Haha. Jadi, aku malas nak cerita perkara nombor satu ni.
Boleh?

2. Isteri tak kesah nasihat suami.

Mana-mana suami pun mesti akan terasa hati bila isteri buat tak kesah dengan apa yang dinasihatinya. Akan ada rasa nak marah. Mulut bermucung panjang. Dan akan mencari penjuru yang sunyi. Tanda merajuk dan sakit hati. Haha.

Kalau sekali dua boleh tahan lagi. Tapi kalau dah sampai beratus kali suami bagi nasihat perkara yang sama, aku sendiri pun tak boleh tahan. Aku sendiri pun akan buat perkara yang sama macam korang lakukan.
Iaitu mencari ketenangan diluar rumah. Bersama siapa, aku malas nak cerita. Haha. Sebab tu, kalau suami cakap, kalau suami bagi nasihat, kena dengar baik-baik. Ambil tindakan segera. Jangan buat pekak badak aje.

Bila suami dah nampak pelik, dah rasa macam suami ada pempuan lain, korang salahkan suami pula. Gatal tak bertempat. Suami tak sedar diri. Suami tak bertanggungjawab. Suami tak setia. Dan macam-macam perkara lagi korang sebutkan.

Sedangkan kita selaku isteri, tak terlintas pun difikiran. Tak pernah pun nak muhasabah diri. Kenapa suami berubah sampai macam tu sekali.

Kalau salah kita, cepat-cepat minta maaf dengan suami. Cepat-cepat sedarkan suami bahawasanya dialah orang yang paling caring sekali. Paling bertanggungjawab sekali. Dan jangan buat suami terus hanyut dengan apa yang mereka lakukan. Dan jangan sampai kegatalan dan kemiangan suami terus berpanjangan.

Kelak korang akan dimadukan…

3. Isteri terlampau over dengan Media Sosial.
Rata-rata isteri yang aku jumpa kebanyakannya dah ada telefon canggih. Dah boleh Install Whatsapp. Dah boleh mesej walaupun kredit sebulan dah expired. Canggihnya dunia zaman sekarang. Kan?
Tetapi awas. Jangan terlampau over sangat dengan teknologi yang dimiliki. Kelak diri sendiri yang merana.

Korang bayangkanlah…

Suami balik kerja penat-penat. Suami lapar. Seharian tak makan. Makan buah tangan dan kerepek jer. Tu pun bos yang bagi sebab projek juta gagal dimiliki. Laparnya perut suami masa tu.

7 Perkara Yang Suami “Pantang”
Cacang rambut. Stressnya kena marah kat bos…

Balik rumah tengok isteri main whatsapp. Dengar voice mesej, ketawa sorang-sorang. Tengok video kambing ketawa jer. Dia pula yang terbahak-bahak, terguling-guling atas lantai.

Suami balik pun, tak dikesahkannya. Kecik hati suami tau.

Suami tengok pun terkejut. Sampai tepuk dahi sendiri. Jadi, lepas ni, jangan over sangat layan Whatsapp. Layan Facebook. Sebaliknya kena terlebih over melayan suami. Itu baru betul. Haha.

7 Perkara Yang Suami “Pantang” 
Banyak lagi sebenarnya. Tapi macam biasalah. Aku malas nak tulis panjang-panjang. Haha. Korang dah besar panjang. Dah boleh menilai mana yang baik, mana yang buruk. Mana emn samas tulen, mana emas palsu. Kadang-kadang tu mengalahkan mesin pengimbas pula. Hebatnya korang semua kka, kurang-kurangkan. Semoga mahligai bahagia yang korang bina ini akan terus berkekalapai ke anaan? Jadi, pandai-pandailah korang layan suami tu. Apa yang dia suka, teruskan. Apa yang dia tak suk cucu.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
 http://pondokkecil.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...