Lihatlah video dibawah.. mereka berdiri tetapi mereka berdiri bukannya untuk menghormati tetapi sekadar memerhati dan merakamkan gambar, tiada langsung yang menghormati jenazah Gaddafi dan juga anaknya Mutassmi... KENAPA
Soalan:
Bagaimanakah cara @ maksud yang dikehendaki dalam erti kata menghormati mayat selepas mayatnya mengikut hukum syara’ Islam dan adakah ianya diberatkan?
Jawapan:
Dalam hukum syara’ banyak perkara-perkara yang menguatkan atas menghormati mayat. Jika saya hendak sebutkan di sini satu persatunya adalah terlalu panjang, setengahnya seperti menutupkan kedua mata mayat, mengikat dagunya supaya jangan terbuka mulutnya selepas mayatnya, melucutkan pakainnya yang dipakainya waktu matinya menggantikannya dengan pakaian yang lain memandikannya, menaruh benda-benda harum, lemah lembut pada mengangkatkannya, pada memandikannya, pada memasukkannya ke dalam kerandanya dan ke dalam kuburnya, tidak menggerakkan mayat dengan gerak yang tiada berpatutan, tidak membuka auratnya meskipun ketika memandikannya, meghadapkannya arah kiblat ketika nazaknya, dan kemudian matinya dan ketika meletakkannya dalam kubur, dan hendaklah orang-orang yang menjalankan kerja-kerja itu orang yang berlemah lembut kepadanya daripada-daripada kerabat-kerabat mahramnya kerana sangat menjaga atas kehormatan mayat dengan lemah lembut halus tidak kasar, bersegera memandikan mayat, menyembahyangkan, menanamnya, kerana takut mayat itu berubah, meletakkannya setelah matinya di tempat yang terlindung dan beratap bahkan setengah ulama’ berkata wajib menutup dan menanam tulang mayat itu atasnya pusakanya dan jika tidak ada pusakanya wajib atas Baitulmal dan jika tidak ada Baitul Mal wajib atas orang-orang Islam yang kaya.
Mengiringi mayat dengan berjalan lebih afdhal daripada naik kenaikan dan orang yang mengiringi membawa mayat itu berdahulu daripada mayat kemudian menyembahyangkannya itu satu daripada memuliakan mayat, menyembahyangkan itu fardhu kifayah atas sekalain orang-orang Islam, kemudian menanamkannya wajib atas orang-orang Islam dan sunat lubang kubur itu dalam dn luas dan jika ditakuti atas mayat itu dibongkar oleh binatang buas @ dicuri orang wajiblah memintanya dengan kuat di atasnya, kemudian mayat itu dibawa ke kubur dengan cara berhalus.
Setengah daripada yang diwajibkan ialah menutup lubang lahad sebelum ditimbus dengan tanah kerana menimbus tanah atas badan mayat itu dianggap menghinakannya dan melanggar kehormatannya iaitu haram, dan diharamkan juga meletakkan mayat meniarap dan membawanya dengan rupa yang hina, dan sekiranya runtuh lubang kubur selagi ada dalamnya tulang mayat, jika membongkar kubur didapati masih ada tulang mayat belum hancur wajib menutupnya semula melainkan jika darurat duduk di atas kubur orang Islam dan memijaknya dan bersandar kepadanya, dan orang yang ziarah kubur simati hendaklah dekat seperti ia dekat diwaktu hidupnya kerana menghormatinya.
Orang yang memandikan mayat itu hendaklah amanah, haram atasnya menyebutkan apa-apa yang nampak olehnya atas mayat itu, haram menanggung mayat dengan rupa yang menghinakan @ rupa yang ditakuti mayat itu jatuh, sunat diam tidak berkata-kata bersama-sama mayat makruh bercakap-cakap, sunat menaungi kubur ketika memasukkan mayat dengan kain kerana memuliakan mayat dan melindunginya dan sunat menyiram atas kubur dengan air dan meletakkan di sebelah kepalanya kayu @ batu nisan, dan sunat menghimpunkan saudara-saudara kerabat dalam satu tempat khas untuk kubur mereka.
Daripada perkara-perkara yang tersebut di atas dan Rasulullah S.A.W menyamakan antara mematahkan tulang mayat dengan mematahkan tulangnya, bahkan membelah itu lebih buruk lagi mencabul kehormatan mayat dan mempermainkan badannya yang ditegah oleh syariat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan