Selasa, 25 Oktober 2011

Tu..laaa..bila UMNO suka dok promo video seks...liwat...

Oleh : PUTERI BULAN(kedah La )


Tersentuh hati Puteri bila baca berita dari salah satu akhbar harian kelmarin. Kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun dirogol dan diliwat oleh 4 orang kawan-kawannya yang berumur antara 10 hingga 11 tahun. Mereka tinggal sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama.

Mengucap dan berishtifar panjang bila Puteri baca berita tersebut. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Kejadian tersebut berlaku di Malaysia bukan luar negara. Selalunya kita dengar orang dewasa atau remaja yang buat perangai binatang macam tu...tapi ini kanak-kanak yang umur masih "kan'yak", kencing pun kadang-kadang tak basuh, mandi pun kadang-kadang tak sabun.

Nak salahkan siapa? tentulah ramai yang menuding tangan ke arah ibu bapa budak-budak tu...mungkin ada tetapi kita harus fikir lebih jauh lagi..sistem pendidikan di sekolah...pengaruh television, internet, facebook, pergaulan bebas lelaki perempuan dan undang-undang negara yang tidak membina masyarakat.

Sistem pendidikan hanya memberi penekanan untuk cemerlang dalam bidang akademik bukan syahsiah diri. Telivision rancak menayangkan filem-filem yang membawa budaya barat, pergaualan bebas, cinta dan sebagainya. Pakaian artis-artis menjolok mata seperti bintang filem hollywood dan bollywood. Penggunaan internet tanpa kawalan di cyber cafe atau di rumah, mereka boleh access apa yang ingin lihat. Gambar porno,lucah...semuanya mereka boleh lihat.

Puteri tak mahu mengulas panjang...rasanya kita boleh berfikir sendiri...Selamatkah negara kita sekarang? Bukan sahaja dengan orang dewasa malah rakan sebaya pun sekarang boleh menjadi ancaman.

Kadang-kadang terfikir juga Puteri...kalau dah Malaysia juga asyik-asyik nak canang cerita video seks..liwat...video seks..liwat...tak hairanlah budak-budak yang " ka'nyak" pun teruja dan nak cuba.

Entahlah....apa nak jadi.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...