Isnin, 24 Oktober 2011

Rakyat akan terus TERTEKAN, GST TAK LAMA LAGI


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup mewah.

Pada masa yang sama, rakyat pula katanya bakal dikenakan cukai barangan GST (Goods and Services Tax) yang sekaligus menyaksikan rakyat bawahan akan terus terbeban.

“Rang Undang-Undang berkaitan sudah diedarkan, tunggu masa hendak diluluskan dan akan dilaksanakan kutipan cukai baru itu ke atas segenap lapisan rakyat tanpa mengira miskin atau kaya.

“Sedangkan dia tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup mewah, bahkan memperkenalkan cukai baru," katanya.



Slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN memang benar di mana rakyat akan terlebih dahulu dibebankan oleh kerajaan berbanding dengan pimpinan BN yang terus mewah dan boros.


Rakyat akan terus menangis dan merintih di atas kemewahan dan keborosan.


Sumber :Harakahdaily

Oleh Sofi Wahab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...