Sabtu, 21 Januari 2012

Adam Adli - Ini betul-betul, bukan 'syok sendiri'

'Api' dalam diri Adam Adli Abdul Halim sudah berputik sejak dari usia 12 tahun lagi, apabila dia berjaya meyakinkan kira-kira 40 rakannya untuk menyertainya memboikot persekolahan selama seminggu.

 
Aktivis pelajar berusia 22 tahun itu mengimbas kembali bagaimana Sekolah Kebangsaan Brickfields, tempat dia menamatkan pendidikan sekolah rendah, memaksa kanak-kanak menduduki peperiksaan akhir tahun selepas menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Selepas UPSR, pelajar Islam perlu menduduki peperiksaan Sekolah Agama... peperiksaan ini biasanya diadakan selepas UPSR.

"Selain itu, kita sepatutnya menduduki peperiksaan akhir. Jadi, saya bercakap dengan beberapa pelajar dan kami mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sekolah selama seminggu," kata Adam dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

Sambil ketawa, Adam berkata pihak guru mengadu kepada bapanya, yang ketika itu merupakan yang pertua persatuan ibu bapa dan guru sekolahnya

"Mereka memberitahunya apa yang saya telah buat, tetapi ayah saya hanya ketawa dan berkata kepada saya - pada usia ini, kamu telah buat sesuatu yang orang berusia 30 tahun pun, mungkin tak boleh buat."

Jadi, katanya, apabila dia digantung pengajian oleh pihak universiti baru-baru ini, ia dapat diterima oleh ibu bapanya.

Dan ketika itulah, dia sedar bahawa "ini adalah betul-betul... bukan hanya syok sendiri".

Pada 9 Januari lalu, Adam - pelajar semester kelima pengajian Ijazah Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) - digantung pengajiannya selama 18 bulan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Jawatankuasa disiplin universiti itu menggantung pengajian Adam kerana dituduh menjejaskan nama baik institusi tersebut selepas mengambil bahagian dalam protes menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 17 Disember tahun lalu.

NONESemasa protes tersebut, ratusan pelajar berarak ke ibupejabat Umno
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di mana Adam telah menurunkan bendera yang memaparkan imej Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menggantikannya dengan kain rentang pro-pelajar selama kira-kira kurang daripada lima minit, sebelum menaikkan semula bendera tersebut.

Apa yang pada mulanya dilihat sebagai paparan rasa tidak puas hati itu, kemudiannya berubah menjadi isu nasional apabila Adam enggan memohon maaf atas tindakannya itu.

Adam mengaitkan api yang membara dalam dirinya itu dengan bapanya, yang sentiasa mengagumi pemimpin-pemimpin pelajar terdahulu, terutamanya mereka yang aktif semasa pra-kemerdekaan dan gerakan nasionalis.

Katanya, bapanya sering mencerita kepadanya dan adik beradiknya mengenai legasi dan sumbangan pemimpin berkenaan kepada masyarakat.

"... Ayah juga aktif, semasa zaman reformasi," katanya.

malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...