Ahad, 25 Mac 2012

5 Pulau Tercantik Di Malaysia

Pulau Sipadan

Seronoknya kalau dapat bercuti-cuti di pulau yang indah2 di Malaysia ni kan...Dapat tenangkan fikiran, snorkling, mandi manda, makan fresh seafood dan meluangkan masa bersama yang tersayang. Kalau tengok antara banyak2 pulau yang ada, pulau yang berada dalam TOP 5 pulau tercantik ialah Pulau Sipadan, Tioman, Perhentian, Langkawi dan Redang. Pulau Sipadan ini terletak berhampiran Bandar Semporna, Sabah yang mana ianya popular dengan aktiviti selaman skuba. Perghh tengok ajelah view dia ni, owhhh sungguh mendamaikan.

Pulau Tioman

Pulau Tioman ini terletak di Negeri Pahang yang mana ianya berada di sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.


Pulau Langkawi

Daku, hubby dan adik beradik ipar pernah ke sini tahun 2005 dulu, waktu tu masih dalam mood pengantin baru dan belum punya anak2 lagi. Memang best, sebab dapat naik kereta kabel yang terpanjang ini. Seronok dapat menikmati pemandangan matahari terbenam waktu petang tu.


Pulau Redang

Pulau Redang ini pula terletak di pantai timur Malaysia. Ianya terkenal dengan tinggalan sejarah Perang Dunia ke 2 di mana dua buah bangkai Kapal HMS Putera Wales dan HMS Repulse ditenggelamkan di Pulau ini.


Pulau Perhentian

Pulau ini terletak di Terengganu, alahai bestnya dapat berkunjung ke pulau2 ini kan. Yang penting kita perlu menjaga kebersihan pantai2 ini bagi memelihara kecantikannya. Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah kan. Owhhh bilalah dapat bercuti ke sini dengan hubby dan anak2 ye...Insya Allah ada masanya nanti...moga ianya termakbul aminn...
 .ajumohi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...