|
|
| | | |
Sebelum anda menghadiahkan bunga sebagai pemberian, mari kita sama-sama mengetahui maksud di sebalik bunga-bungaan yang menjadi pilihan pada sesetengah majlis perkahwinan mahupun sebagai hadiah pemberian kepada yang tersayang. Pemilihan bunga yang 'closest to the message' yang cuba disampaikan adalah cara terbaik menunjukkan personaliti sesuatu pemberian. Dan biarlah yang tersayang tahu bahawa anda inginkan pemberian tersebut menjadi satu pemberian yang amat bermakna
Carnations
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta
Gerbera DaisiesDikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran
Orkid
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid 'represent rare and delicate beauty'. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi 'arrangement' sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda
LilyDikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi
RosTiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang. Untuk mengetahui maksud setiap warna bunga ros ada dihuraikan dalam ‘Maksud disebalik Warna Bunga Ros’
Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan 'longevity'. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang
TulipDengan memberi maksud 'being perfect love', bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan 'elegant' dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland
Tips dan panduan untuk memilih bunga secara langsung menyampaikan mesej tertentu boleh memberikan impak dan kelainan bagi sesebuah gubahan dan susunan dalam sesebuah majlis. Diharap dapat membantu anda. Pemilihan bunga – bungaan juga tertakluk kepada musim-musim tertentu. Walau bagaimanapun kebanyakkan bunga yang tersenarai boleh didapati dalam empat musim berbeza.istimewa2u. | | | | | | |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan