Kejadian ini berlaku di Dusun Damarsih, Desa Tanjung Anyar, Kecamatan Mojoanyar, Indonesia disedari oleh jiran-jirannya yang mendengar bunyi suara minta tolong dari sebuah tanah kubur yang baru ditimbus.
Gambar Hiasan |
Lelaki yang dikenali sebagai Supriyanto, 34, kemudiannya dikejarkan ke Rumah Sakit Umum Kota Mojokerto untuk mendapatkan rawatan. Ketika ditemui, Supriyanto dalam keadaan lemah lesu memakai kain kapan seperti jenazah. Hampir dua hari dia tertanam di dalam liang lahad tanpa pernafasan yang cukup.
Dr Wahidin Sudiro Husodo, 45, yang merawat Supriyanto berkata sekira lambat menyelamatkannya keluar dari liang lahad itu, dia pasti mati kelemasan. Mujurlah ada jiran-jirannya yang perasan perkara itu dan segera mengeluarkan mayat Supriyanto dari kubur itu. Ketika dikeluarkan dia dalam keadaan lesu,katanya kepada sekumpulan wartawan. Menurut Dr Wahidin, sewaktu dibawa ke hospital, Supriyanto dalam keadaan lemah dan kritikal.
Mujurlah dia dapat diselamatkan walaupun terpaksa mengambil masa yang lama. Menceritakan kejadian itu, Ketua Kampung Mojoanyar, Sukarni Jafar,53, berkata dia didatangi beberapa orang penduduk kampong mengadu terdengar bunyi suara dari lubang kubur baru yang ditimbus. Kedudukan kubur terletak 500 meter dari rumah penduduk kampong. Mereka terkejut melihat tanah yang masih baru ditimbus bergerak seperti ada sesuatu di dalamnya.
“Saya bersama beberapa penduduk kampong segera pergi ke tempat itu terkejut melihat satu lubang kecil di atas kubur itu. Saya mendengar suara seperti orang minta tolong,”ujarnya. Sukarni mengarahkan mereka menggali kubur itu. Mereka terkejut melihat sesusuk tubuh manusia berkain kapan masih bernyawa.
“Apa yang mengejutkan kami, mayat itu bergerak-gerak lemah dan bersuara seperti meminta tolong. Wlaupun ramai yang takut mendekatinya saya minta mereka bantu untuk mengangkatnya keluar dan liang lahad itu. Menurut sukarni, dia terkejut apabila lelaki yang dibalut kain kapan itu adalah salah seorang penduduk desa itu dan dia sendiri mengenali lelaki tersebut.
“Saya percaya Supriyanto sedang melakukan satu ritual yang membuatkan dia sanggup berdepan dengan risiko kematian. Sekali lihat mungkin dia sedang bertapa di dalam kubur untuk tujuan mengamalkan ilmu kebatinan atau pengasih. Sunadi jiaran terdekatnya mengakui Supriyanto seorang pemuda yang pendiam dan kurang bergaul dengan masyarakat setempat biarpun dia mempunyai ramai kawan.
Suprinyanto tinggal bersama keluarganya. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga itu dan bekerja sendiri membantu keluarganya bertani di ladang. Ada juga mengatakan Supriyanto menghadapi masalah mental namun dinafikan keluarganya. Dia tidak menghadapi masalah dengan penduduk setempatnya. Sebelum ini ramai penduduk desa melihat Supriyanto berulang alik ke kampong seberang dan kadang-kadang dia kerap masuk ke hutan berhampiran bersendirian dan pulang beberapa hari kemudiannya.
Pun begitu penduduk desa terutama jiran terdekatnya tidak mensyaki sesuatu yang luar biasa. Ini kerana masa Supriyanto banyak dihabiskan di ladang keluarganya dan selebihnya bersendirian di rumahnya. Tidak ramai yang mengetahui aktivitinya ke kampong seberang begitu juga keluar masuk hutan. Malah ibubapanya sangat hairan melihat perubahan Supriyanto. Ayahnya,Tajib,50, mengakui sejak kebelakangan ini anaknya agak berlainan. Dia lebih suka berdiam diri dan berkurung di dalam bilik.
Saya sendiri tak tahu apa yang dibuat di dalam bilik. Saya hairan melihat perubahannya. Dia juga kurang bercakap seperti sebelumnya. Ujar Tajib. Beberapa hari selepas Supriyanto dirawat di hospital, beberapa wartawan sempat menemubualnya untuk mengetahui kejadian itu.
Kata Supriyanto : dia mengamalkan ilmu kebatinan yang dipelajarinya dari seorang guru silat. Dia diminta untuk bertapa di dalam liang lahad selama tiga hari bagi memastikan badanya menjadi kebal dan mempunyai beberapa istimewa dalam ilmu kebatinan. Saya cuba melakukan ritual itu untuk mneguji sejauh mana keyakinan diri dan keberanian saya. Semasa saya dalam liang lahad di malam pertama, saya terdengar pelbagai bunyi yang paling menakutkan.
Ada suara menyuruh saya bunuh diri da nada juga suara yang meminta saya segera minta keampunan. Saya tak tahu suara itu siapa dan dari mana. Saya juga mendengar bunyi orang menjerit seperti kesakitan, menangis dan macam-macam lagi yang sangat tragis. Pada hari berikutnya, saya mula rasa lapar dan sangat dahaga. Sepanjang berada di dalam liang lahad, saya diminta membaca beberapa mentera sebagai syarat bertapa untuk membolehkan saya lulus dalam ujian.
Bagaimanapun hari kedua saya tidak dapat bertahan kerana badan semakin lemah dan lesu dan ruang udara dalam kubur semakin tertutup. Ketika itu saya sudah putus harapan dan tidak tahu hendak buat apa. Penafasan semakin terganggu dan badan semakin lemah. Saya cuba menjerit sekuat-kuat tetapi tidak Berjaya. Dalam keadaan terdesak itu baru saya teringat Allah SWT dan meminta pertolongannya supaya diselamatkan dan saya sangat menyesali apa yang saya lakukan ini.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi saya kerana suara jeritannya itu tadi dapat didengari oleh beberapa penduduk kampong yang melintas di kawasan itu. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan lega sebaik sahaja diselamatkan penduduk kampong. Katanya, selepas peristiwa itu Supriyanto tidak mahu lagi meneruskan amalan ritual kebatinan.
Apa guna orang kuat kalau nyawa sendiri hamper melayang. Eloklah saya beramal cara yang betul dengan mentaati perintah Allah SWT, ujarnya. Ditanya bagaimana dia menimbus dirinya sendiri semasa berada di dalam liang lahad, kata Supriyanto semua itu kerja dilakukan oleh rakan-rakannya yang sama mempelajari ilmu kebatinan. Selepas menimbus liang lahad mereka meninggalkan Supriyanto dan akan datang semula pada hari ketiga untuk mengeluarkannya semula dari situ.

mysyah-holiday.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan