Khamis, 14 Jun 2012

10 pengilang tayar terbaik dunia!

NAIK pandai, pecut pandai, drift pandai cuma nak pilih tayar tak pandai!  Nak pilih tayar mesti yang terbaik dan pengeluarnya pun mesti lar nak antara yang terbaik untuk kereta anda. Biar koyak poket asal selamat dan selesa sikit, betul tak?? Kali neh meh aku nak kasi tau sikit antara 1o pengilang tayar terbaik di dunia pada tahun 2010/2011. Nak yang tahun neh ka? Kalau nak korang tunggu la post aku tahun hadapan yer…hehehe..dah..dah..jom layan dulu.
 
Bridgestone
1. Bridgestone – Sebuah pengilang tayar terbesar di dunia dengan hasil $35.5 billion pada tahun 2010.
Michelin
2. Michelin – Selaim tayar diorang juga memiliki jenama lain. Antaranya  paling terkenal BF Goodrich dan Uniroyal. Pengilang dari Perancis ini pernah mencatatkan hasil pada tahun 2010 sebanyak $25.1 billion.
Goodyear-tyre
3. Goodyear Tire and Rubber Company – Juga antara syarikat tayar dan getah yang terbesar dan kemaih. Tapi kemaih kat Amerika  saja dan pernah mencatatkan hasil sebanyak $18 billion.
Continental logo
4. Continental AG – Diorang ni juga ada buat lain-lain produk automotif selain tayar. Tapi hasil kat tayar sahaja pada tahun 2010 $10.1 billion. Aci la tue….
Sumitomo
5. Sumitomo Rubber Industries – Pengeluar kedua Jepun Sumitomo dengan sauknya $7.9 billion.
Pirelli
6. Pirelli – Aku tak perli! Hehehe memang nama diorang dah macam neh. Tapi perli-perli pun mau kutip $6.8 billion tu weh. Antara salah satu dari dua pengeluar di Eropah.
Yokohama
7. Yokohama Rubber Company – Eh! Yokohama neh aku kenal ngan beteri ajer…Tak sangka tayar pun ada yer. Antara pengeluar ketiga di Jepun. Tiga-pun tigalah, tak kisah kalau tokeh dia dah sauk $5 billion pada tahun 2010.
Hankook
8. Hankook Tire – Antara syarikat dari Korea Selatan yang pulun tingkatkan jualan. Tapi hasil kira-kira $4.6 billion. Aci jugak la tu. Namun filem Hancock bukanlah keluaran mereka.
Cooper
9. Cooper Tire & Rubber Company – Antara syarikat Amerika kedua dalam senarai sepuluh ini. Namun pencapaian tak sampai sepuluh dan tak kurang dari dua, iaitu $3.4 billion.
Maxxis
10. Cheng Shin Rubber Ind – Keluaran taiwan neh. Dulu namanya Maxxis dan bukan milik Ananda Krishnan tau. Sebab-sebab dok tangga ke sepuluh sebab diorang pun naik peluh nak cekau hasil sehingga $3.3 billion.

maitengok.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...