Nak kongsi sikit petua yang akak baca dari Famili Azam.. Petuanya sangat berguna untuk kita semua. Banyak petua dan info yang ada dalam Famili Azam nie
Minyak lembutkan kuih apam
Kuih apam adalah makanan kegemaran semua generasi. Untuk menghasilkan kuih apam yang halus dan lembut, serta tahan lama kelembutannya, anda boleh gunakan minyak masak. Caranya ialah masukkan sesudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah siap dibancuh dan gaul hingga sebati. Kemudian, kukus adunan kuih tersebut. Pastinya, apam yang terhasil akan halus dan tidak melekat pada acuan.
Kacang Cepat Empuk
Jika ingin membuat bubur kacan tentu anda mempunyai masalah semasa merebus kacang. Ini kerana kacang yang akan direbus itu memakan masa yang agak lama untuk empuk. Bagi mengatasi masalah ini, masukkan sudu bersama-sama kacang yang hendak direbus. Cara ini akan mempercepatkan masa untuk merebus kacang tadi.
Cili Giling Terlalu Pedas
Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap. Tetapi, jika cili terlalu pedas, mungkin mengakibatkan sakit perut. Untuk mengurangkan pedas cili tersebut, goreng seketika cili kering dengan minyak. Kemudian, tos dan gilingkan cili tersebut. Pedasnya akan berkurangan dan warna cili akan lebih cantik.
Mudah Mengopek Kerang
Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.
Tauhu Tahan Lama
Bagi tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih. Toskan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.
Bubur Kacang Lebih Enak
Sebelum merebus kacang, elok digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Matikan api. Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak.
Mengharumkan Dapur
Pada kebiasaannya pada bahagian dapur akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini, rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan