Kisah yang satu ini merupakan salah satu contoh dari sekian banyak
potret kehidupan seorang wanita muslimah yang begitu bangga dan merasa
terhormat dengan agama yang selama ini ia telah hadir mewarnai
perjalanan hidupnya. Seorang muslimah yang di hatinya terdengar keras
degupan syiar agama Allah.
Itualah hati yang mampu mengenal Allah dan Rasul Nya sehingga keraguan
tak pernah lagi ditemui di dalamnya. Dialah peribadi seorang wanita
muslimah yang hatinya selalu memikul tanggung jawab dakwah. Namun sayang
watak semacam ini ternyata jarang untuk kita temui. Ya memang sangat
jarang sekali.
Ummu Abdul Aziz, begitulah wanita ini biasa disapa dalam hariannya. Suaminya seorang doktor yang tinggal di bandar Riyadh, Saudi Arabia.
Pada satu kesempatan, Ummu Abdul Aziz harus menyertai suaminya untuk
menghadiri salah satu persidangan perubatan yang diadakan di salah satu
negara Eropah. Dengan langkah pasti ia iringi keberangkatan sang suami.
Ya, ia sedar sekali bahawa Tuhan yang selama ini ia sembah di negaranya
tak lain adalah Tuhan yang akan ia jumpai di negera Eropah tersebut.
Tuhan yang satu, Allah. Demikian pula halnya kaum Lelaki yang ia jumpai
nya di negara asalnya, Arab Saudi. Oleh kerana itu, sebaik tiba di
negara destinasi, keadaannya tidak berubah sedikitpun.
Komitmen untuk sentiasa melaksanakan segala perintah Tuhannya ia selalu
pegang dengan baik. Hal ini nampak kelihatan jelas dari cara ia
berpakaian. Potongan kain yang dikenakannya menutupi seluruh anggota
tubuhnya .. Ya Ummu Abdul Azis mengenakan pakaian secara lengkap
sehingga tidak tak sedikitpun anggota tubuhnya yang boleh terpandang
mata, walaupun ia berada di kawasan Eropah yang serupa dengan mode-mode
pakaian masa kini.
Oleh kerana itu wajar apabila masyarakat Eropah yang menjumpainya merasa
hairan dengan pemandangan yang sangat asing seperti yang ia tampakkan.
Ia pun mula menjadi pusat perhatian, seakan-akan bertanya
‘”Makhluk apakah yang ada di balik kain hitam ini?” Benar-benar pemandangan yang sungguh aneh bagi mereka.
‘”Makhluk apakah yang ada di balik kain hitam ini?” Benar-benar pemandangan yang sungguh aneh bagi mereka.
Pada suatu hari, beberapa wanita Eropah berkumpul mendatanginya.
Rata-rata mereka adalah para profesor yang boleh dikatakan sudah cukup
berumur. Dialogpun akhirnya berlangsung di antara mereka (Qadaralllah
ummu Abdul Aziz mampu berbahasa Inggeris). Dengan begitu beraninya salah
seorang daripada mereka mengajukan sebuah soalan, “Kamu pasti kelihatan
seperti ini hanya untuk menyembunyikan kecacatan yang ada di tubuh kamu
bukan? Atau mungkin sekadar menutupi wajahmu yang nampak tidak cantik??
Ya kiranya anggapan seperti itulah yang tertanam di benak mereka selama
ini terhadapnya. Ummu Aziz terus membawa mereka ke salah satu sudut
bilik, lalu membuka cadar yang selama ini menutupinya wajahnya. Ternyata
ia nampak seperti wanita normal pada umumnya, tanpa ada cacat
sedikitpun sebagaimana dugaan mereka. Bahkan mungkin parasnya lebih
cantik dari wanita biasanya, insya Allah. Kesempatan ini tentu tidak ia
biarkan berlalu begitu sahaja tanpa menyampaikan sesuatu kebenaran.
Setelah memperlihatkan wajahnya, Ummu Abdul Aziz terus bermula masuk ke
pembicaraan asas. Ia jelaskan kepada mereka bagaimana Islam meletakkan
wanita. Ia paparkan sejauh mana penghormatan agama Allah ini terhadap
kaum Hawa selain ia berikan gambaran tentang ajaran agama Islam secara
umum.
Tahukah apa yang berlaku selepas itu? Ya setelah tiga jam berlalu,
sebanyak tujuh dari sepuluh Professor wanita tadi terus mengikrarkan
keislaman mereka! Tak lain kerana Ummu Abdul Aziz atas izin Allah!
Bayangkan tujuh orang Professor masuk Islam hanya dalam tempoh tiga jam
selepas melakukan dialog.
Sebagai seorang muslimah Ummu abdul Aziz tidak merasa kecil sehingga
menjadi asing dengan ajaran agamanya Kehadirannya di negara pengusung
faham liberalisme yang jauh dari sistem nilai sosial tersebut. Ia tetap
berpakaian muslimah sejati dan tidak mempengaruhinya untuk berganti
pakaian ketat dengan hiasan murahan di sana-sini seperti perhiasan
kejahiliyahan layaknya barangan murahan.
Tujuh orang professor wanita menyatakan keislaman mereka. Allah pun
meninggikan darjat mereka dengan agama ini. Agama yang selama ini
menjadi satu kebanggaan tersendiri bagi peribadi seperti Ummu Abdul
Aziz. Akhirnnya dari seorang muslimah yang berusaha untuk mengajak umat
ini kepada jalan Allah. Ia fungsikan dirinya sebagai media turunnya
hidayah bagi siapa yang Allah kehendaki. Dengan cara seperti ini ia
mampu merubah pandangan rendah mereka terhadap agama yang Allah redhai
ini.
La ilaha ilallah …. semoga Allah sentiasa memberikan taufikNya kepada
dirimu, Ummu Abdul Aziz. Allah jaga dirimu sehingga benar-benar
bermanfaat bagi agama dan umat ini. .. Amiin
http://luvislam92.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan