Rabu, 1 April 2015

Resepi -Kek Brownie Butter

Instructions

  • 1. Griskan loyang/bekas acuan bersaiz 10cm x 20cm (4×8-in) dengan menggunakan aluminium foil.
  • 2. Panaskan ketuhar pada suhu 180C/350F.
  • 3. Cara Membuat Brownie :
  • 4. Cairkan coklat masakan bersama mentega pada suhu ketuhar yang rendah. Keluarkan dan ketepikan sehingga ianya sedikit menyejuk lalu masukkan gula perang hancur dan kacau kesemuanya sehingga sebati.
  • 5. Kemudian, adunan tadi dimasukkan ke dalam mixer. Seterusnya, masukkan telur yang telah dipukul, tepung serbaguna dan pukul lagi sehingga sebati.
  • 6. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar pada selama 15 minit. Keluarkan dan sejukkan.
  • 7. Cara Membuat Kek Butter :
  • 8. Masukkan telur ke dalam mixer satu persatu dan pukul hingga telur kembang. Kemudian, masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur dan ia sebati.
  • 9. Seterusnya, masukkan tepung serbaguna serta baking powder. Dan pukul lagi sehingga sebati dan akhirnya masukkan susu segar dan kacau lagi.
  • 10. Tuangkan adunan tadi keatas brownie yang telah masak tadi dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C/320F selama 25-30 minit sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...