Kuih Lompang, satu kuih manis yang masih digemari sehingga kini. Resipi
turun temurun ini menjanjikan keunikan rasanya yang tersendiri. Selain
mudah untuk disediakan, bahan-bahannya juga mudah untuk diperoleh.
Resipi kuih manis berikut sesuai untuk disediakan buat tamu yang datang
berkunjung mahupun untuk dijamu bersama keluarga.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi kayu
½ cawan gula putih
3 cawan air
¼ camca kapur sirih (diratakan)
Sedikit pewarna hijau dan merah
Cara-cara membuat:
1. Bancuh tepung beras dan tepung ubi kayu bersama air, gula dan kapur sirih hingga sebati
kemudian tapis.
2. Didihkan air untuk mengukus.
3. Sapu minyak pada bekas acuan.
4. Setelah air mendidih kacau semula bancuhan dan tuang ke dalam bekas acuan.
5. Kukus selama ½ jam.
MINGGUAN WANITA
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi kayu
½ cawan gula putih
3 cawan air
¼ camca kapur sirih (diratakan)
Sedikit pewarna hijau dan merah
Cara-cara membuat:
1. Bancuh tepung beras dan tepung ubi kayu bersama air, gula dan kapur sirih hingga sebati
kemudian tapis.
2. Didihkan air untuk mengukus.
3. Sapu minyak pada bekas acuan.
4. Setelah air mendidih kacau semula bancuhan dan tuang ke dalam bekas acuan.
5. Kukus selama ½ jam.
MINGGUAN WANITA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan