Khamis, 2 April 2015

Cara Kekal Sihat



Mereka sukar dijangkiti virus selsema walaupun ketika musim hujan,malah sukar juga demam ketika kemarau melanda.Mereka sering terhindar dari serangan kuman dan tidak pula menghadapi cirit birit ketika orang lain disekelilingnya dilanda penyakit.Adakah anda berharap bahawa anda salah seorang dari golongan yang sihat ini?Jika anda inginkan tubuh badan sentiasa sihat seperti ini,ikuti petua-petua di bawah :
 
 

1 BERURUT
Lakukan aktiviti berurut sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.Banyak kajian membuktikan bahawa urutan dapat mengurangkan kadar rasa cemas,tekanan darah tinggi dan degupan jantung yang laju.Penurunan ini sekaligus dapat menurunkan kadar stress anda,dan ini merupakan salah satu kunci untuk meningkatkan kekebalan tubuh.

2 MANDI DENGAN AIR SEJUK
Di dalam terapi Mary Ann Bauman,penulis buku 'Fight Fatigue : Six Simple Steps to Maximize Your Energy' mengatakan bahawa tiadanya bahayanya jika anda mandi dengan air sejuk.
Menurutnya,mandi dengan air dingin boleh meningkatkan stamina,mengatasi sakit kepala,mengurangi rasa sakit,melancarkan perjalanan darah dan membuatkan wanita lebih lemah lembut dan gemalai.Ada juga berpendapat mengatakan bahawa mandi air dingin adalah rahsia di sebalik keindahan payudara wanita-wanita perancis.

3 Minum Air Halia
Berabad-abad lamanya,halia sudah pun menjadi ubat untuk mengatasi masalah pencernaan.Para pengkaji mempercayai bahawa bahan yang terdapat di dalam halia dapat membantu pencernaan,meningkatkan otot intestinal dan membantu menggerakkan makanan melalui saluran pencernaan.
Halia dalam jumlah yang kecil (kurang dari 1000 mg) juga baik diambil pada tempoh yang singkat selama temph kehamilan.Ia boleh diminum dengan cara mencampurlan teh atau juga boleh dimakan terus dalam keadaan yang segar.

4 Cuci Tangan 
Cuci tangan dengan sabun serta gunakan air panas selama 20 saat.Gosok semua bahagian tangan seperti tapak tangan,celah-celah jari dan jangan lupa bersihkan kuku.Ini kerana kuku merupakan tempat kotoran mudah terkumpul dan terselit.
Keringkan tangan dengan tuala dan sediakan satu tuala khusus untuk setiap anggota keluarga.Kebiasaan mencuci tangan dapat mengurangkan risiko diserang penyakit yang disebabkan oleh bakteria E-coli dan salmonella.

5 Ambil Vitamin C Dan Zat Besi
Walaupun manfaat vitamin C dan zat besi untuk mencegah selsema masih tidak dapat dikaitkan,namun beberapa kajian menunjukkan bahawa vitamin C amat berguna khususnya bagi mereka yang mengalami stress dan dan zat besi dapat mencegah virus.
Neil Schacter,Pengarah Respiracy Care Pusat Kesihatan Sinai,New York,menyarankan untuk mengambil vitamin C setiap hari di awal gejala selsema dikenalpasti.

6 Makan Bawang Putih
Bawang putih kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan kekebalan tubuh dan membantu melawan peradangan.Jika anda bimbang nafas berbau bawang putih anda tidak perlu risau kerana ramai yang beranggapan begitu.Tetapi,makan satu atau dua ulas sahaja setiap hari tidak ada yang perlu dibimbangkan.

7 Fikir Positif
Dalam sebuah kajian,responden dengan aktiviti otak yang padat tetapi digabungkan dengan sikap positif menghasilkan jumlah antibodi untuk selsema yang banyak.Kajian lain pula menunjukkan bahawa orang yang mempunyai pembawaan atau perwatakan yang ceria menghasilkan antibodi lebih banyak  dalam memberi respon terhadap vaksinasi.
Menurut Ana L. Marsland,Pengarah Behavioral Immunology Laboratory,Universiti Pittsburgh mengatakan bahawa mereka tidak menjumpai kaitan yang jelas antara sikap positif dengan penghasilan antibodi,namun mereka mengetahui bahawa otak berkomunikasi dengan sistem kekebalan tubuh dan begitu juga sebaliknya.
Jika anda tidak berfikiran positif,paling tidak pun,anda cuba belajar untuk mengurangi sikap yang suka berfikiran negatif.Jangan fokuskan kepada gejala-gejalanya ketika anda sakit dan cuba menghindari dari anggapan buruk seperti 'saya selalu sakit pada waktu-waktu begini setiap tahun.
Sebaliknya,anda boleh cuba fokus pada kekuatan anda dan bagaimana rasanya ketika anda menggunakannya.Perlahan-lahan,anda akan menyedari bahawa berfikiran positif jauh lebih baik daripada berfikiran negatif. 

8 Cuci Hidung
Mungkin ia kedengaran agak menjijikkan tetapi cubalah dahulu.Sediakan air suam,campurkan dengan sedikit garam.Kemudian,miringkan kepala dengan lubang hidung sebelah kiri di bahagian bawah.Tuang larutan air garam tadi ke dalam hidung sebelah kanan sehingga ia keluar dari lubang hidung sebelah kiri.Pengkaji-pengkaji dari Universiti Michigan mendapati bahawa cara ini lebih efektif daripada semburan garam (saline spray) untuk resdung.
 seribupilihan.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...