Mencari Ketenangan Hati
Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari hatilah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia.
Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh
menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati
haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul
daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu
jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati boleh menjadi baik atau jahat apabila:
* Rasa senang apabila ia dipuji.
* Rasa menderita apabila di keji.
* Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
* Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
* Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
* Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
* Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
* Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
* Simpati dengan orang susah.
* Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
* Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
* Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
* Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.
* Rasa menderita apabila di keji.
* Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
* Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
* Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
* Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
* Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
* Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
* Simpati dengan orang susah.
* Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
* Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
* Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
* Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.
Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak
rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar.
Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau
rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu
jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia.
.
Hati itu raja, perlu dibajai dengan taqwa
Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia.
Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat
jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya.
Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia.
Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini,
kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita
dalam hati.
Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan
dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh
dididik.
Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu
dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila
hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan
sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki
isteri yang cantik, ada kuasa.
Bila ketenangan hati tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena,
makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak
ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang
diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk
memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri,
mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan
tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak
terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.
Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu
kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa
tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan,
sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.
Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol.
Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk
menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah
termenung.
Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya.
Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky,
ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol,
lihat muka dapat dikesan.
Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka
bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan
susah hati.
Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluarlah daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.
http://www.pikodot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan