Mayweather yang popular dengan panggilan money, bagaikan tidak menjangka bahawa dirinya mampu mengatasi bintang sukan lain terutama pemain bola sepak terbaik, Cristiano Ronaldo serta bekas pemain golf No.1 dunia, Tiger Wood yang sebelum ini sering menerima bayaran tertinggi.
Majalah perniagaan Amerika Syarikat, Forbes turut mengiktiraf Mayweather sebagai ahli sukan paling kaya berikutan menerima bayaran AS$105 juta (RM367 juta) berbanding Ronaldo AS$80 juta (RM 279 juta) yang kini menghuni kedudukan kedua senarai atlet terkaya di dunia.
Sejak Mayweather beraksi dalam kancah tinju profesional pada 1996, dirinya sudah meraih hampir sejumlah AS$400 juta (RM1.39 bilion) di atas gelanggang sekali gus boleh dianggap satu pendapatan lumayan buat atlet sepertinya.
Mayweather, 36, juga pernah memberitahu bahawa duit adalah salah satu sumber motivasinya untuk berjaya dalam karier sebagai peninju profesional.
“Semuanya kerana duit? Ya sudah tentu.
“Saya mahu menjadi yang terbaik bukan sahaja peninju terbaik, tetapi atlet terbaik kerana saya mahu terus diingati apabila telah meninggalkan karier ini,” kata Mayweather.
daireshare
Tiada ulasan:
Catat Ulasan