Memang benar ada orang nampak macam sombong, sedangkan dia tidak sombong. Tanda-tanda sombong banyak antaranya ialah:
Ingatlah, bahawa sombong itu sangat dimurkai Allah SWT. Perkara-perkara di atas perlu diambil iktibar agar kesannya akan timbul rasa malu dan takut untuk kita bersikap sombong dan ego dengan Allah SWT. Ikuti info dan perkongsian yang berbeza setiap minggu menerusi ruangan CUCI HATI dalam majalah Mingguan Wanita.
Oleh : Ustaz Azhar Tuarno
mingguan wanita
- Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama da rendah umur, pangkat atau lain-lain.
- Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kala ada orang tersilap atau tersalah.
- Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang sama ‘level’ dengannya masih dipilih-pilih. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
- Memandang hina pada golongan bawahan.
- Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
- Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, sudah mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
- Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada oran lain bercakap dia suka memotong percakapan orang itu.
- Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Dia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan, kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
- Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.
- Kalau dia bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
- Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
- Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
- Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau halus.
- Kurang mesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
- Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.
- Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
- Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
- Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
- Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan berlaku pembaziran. Baju yang elok diganti baru. Kalau duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
- Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
- Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
- Kurang berminat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
- Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
- Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
- Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
- Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air muka rasa bangga dan senang hati.
Ingatlah, bahawa sombong itu sangat dimurkai Allah SWT. Perkara-perkara di atas perlu diambil iktibar agar kesannya akan timbul rasa malu dan takut untuk kita bersikap sombong dan ego dengan Allah SWT. Ikuti info dan perkongsian yang berbeza setiap minggu menerusi ruangan CUCI HATI dalam majalah Mingguan Wanita.
Oleh : Ustaz Azhar Tuarno
mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan