Selasa, 14 April 2015

Kisah Pak Cik Yahya.. Meskipun Susah Tidak Meminta-Minta

TERSENTUH hati kami membaca kisah dari seorang lelaki bernama Amer Irham tentang pengalamannya bertemu dengan seorang pak cik bernama Yahya.

Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang begitula nasib pak cik Yahya.

Meskipun usianya sudah menjangkau usia 56 tahun, namun dia tidak meminta-minta malah dengan kudrat yang ada pak cik Yahya mengagahkan diri untuk menjaja di sekitar kawasan stesen minyak.
11133866_991834854172869_4026938284188903410_n (1) 




 11147027_991834860839535_8941415216211781339_n (1) 11147196_991834857506202_6335676674545944357_n (1)
Memilih kawasan bandaraya Johor Bahru, pak cik Yahya membawa beberapa plastik buah mempelam untuk dijual.

Semuanya demi mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.

Paling menyentuh hati, mengetahui pak cik Yahya hanya menumpang dan berteduh dalam sebuah surau.

Cerita Amer Irham;
Hari ini ada jodoh jumpa dengan seorang pakcik ni. Dia kata nama dia Yahya. Jalan yahya awal katanya. Kesian tengok dia jual pelam apple tepi petronas aku tanya berapa RM. Dia kata seikhlas hati dik janji lepas pakcik nak makan lapar dik. 

Aku beli and angkut semua 6 plastik letak dalam kereta and ajak pakcik tu g makan. Kami borak panjang masa makan. Banyak benda belajar dgn pakcik tu. Lepas makan aku hantar balik rumah. Dia kata jangan sampai depan rumah nti orang rumah tu marah. Dia tumpang rumah orang katanya. Aku drop dia tepi simpang. Dia tersorok-sorok jalan seorang-seorang masuk ke surau. Surau tula rumah dia. Dia kata orang marah dia duduk rumah tu. 

Habis pakcik macam tu nak duduk mana lagi? Mana pergi anak pakcik ni, mana pergi isteri dan adik beradik pakcik Yahya ni. Kesiannya orang mcm ni umur dah 56 masih pakai baju bundle, makan pun simpati orang, rumah takde, keluarga tak tahu kemana. 

Kita ni cukup makan seharian. Kadang sampai buang-buang. Kita ni merengek duit tak cukup nak beli airmax, nak makan tony romas, nak shopping itu ini, nak tukar sportrim, dll. Tapi pakcik Yahya ni?
Berilah semampu mungkin kepada yang memerlukan. Tak perlu tunggu kaya baru nak memberi. Siapa yang nampak pakcik Yahya ni area bandar Johor Bahru, Mahmoodiah atau petronas lingkaran dalam, bagi la bantuan. Indahnya memberi..

Alhamdulillah, jodoh. Wallahu’alam.

Kisah penemuan pak cik Yahya ini dikongsi Amer dalam laman Facebooknya hingga menarik perhatian ramai.

Moga-moga ada yang simpati dan menghulurkan sumbangan buat pak cik Yahya. –
mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...