Jumaat, 3 April 2015

Resepi - Ketam Goreng Masam Manis


 
 BAGI penggemar makanan laut, apa kata cuba resipi ketam goreng masam manis. Rasanya yang lazat pasti menepati selera anda seisi keluarga terutamanya pada hari cuti ini.
 

Bahan-bahan:

2 ekor ketam - dibersihkan dan dibelah dua

3 sudu bsr cili sos

1/4 cwn cili kering dikisar

2 sudu bsr sos tiram

2 bj bwg besr dihiris

sedikit air

5 helai daun limau purut

sedikit minyak

sedikit kunyit serbuk

sedikit serbuk lada hitam

sedikit garam

sedikit gula

perasa


Bahan hiris:

1 inci halia

3 ulas bawang putih


Cara Penyediaan:

Gaul ketam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam,serbuk kunyit serta serbuk lada hitam. Ketepikan.

Panaskan minyak.Goreng ketam setengah masak. Ketepikan.

Dengan minyak yang berbaki masukkan bahan hiris. Goreng sehingga naik bau.

Masukkan cili kering. Biar cili masak. Bila cili dah masak masukkan sos tiram daun limau purut dan sos cili.

Gaul rata. Masukkan juga sedikit air, garam gula serta sedikit perasa. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

Biar sos mereneh dan memekat serta meyelaputi ketam tadi. Masukkan bawang besar. Biar bawang sedikit layu dan bolehlah diangkat.
 www.mstar.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...